- Advertisement -
Muafakat Nasional (MN)
-
- Asalnya kerjasama politik antara PAS dan UMNO/BN melalui piagam bertarikh 14 September 2019 untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan dalam PRU15.
- Tidak didaftarkan secara rasmi, kerjasama politik dibuktikan bermula dari pilihanraya kecil Cameron Highland sehingga sekarang, dengan hampir kesemuanya (kecuali Sandakan – BN tidak bertanding), membawa kejayaan.
- Sudah mendapat persetujuan akar umbi parti masing-masing.
- Hantar jemputan kepada Bersatu untuk menyertai MN hasil keputusan mesyuarat yang diketuai Timbalan Presiden masing-masing PAS dan UMNO.
Perikatan Nasional (PN)
-
- Kerjasama ahli-ahli parlimen Bersatu, BN, GPS dan serpihan PKR untuk membentuk kerajaan di peringkat persekutuan dan beberapa negeri pasca tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan berikutan perletakan jawatan PM7.
- Tiada didaftarkan secara rasmi (setakat ini), tiada kerjasama politik (melainkan ‘sedikit’ di sana sini dalam PRK Chini dan Slim).
- Belum mendapat persetujuan akar umbi UMNO untuk kerjasama politik secara rasmi.
- UMNO menolak untuk kerjasama politik secara rasmi, kata Presiden UMNO.
- Akar umbi UMNO tidak senang Bersatu dalam Muafakat Nasional, menurut Timbalan Presiden UMNO
- PAS dikatakan bersetuju untuk mendaftarkan PN secara rasmi bersama-sama Bersatu.
- MIC dan GPS dikatakan bersama-sama menjadi penaja ke arah penubuhan PN secara rasmi.