Buat RCI Tabung Haji, Siasat Zaman Saya & Siasat 22 Bulan Zaman PH – Azeez Rahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Buat RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) siasat kami sekali dan siasat masa 22 bulan pemerinatah PH (Pakatan Harapan).”

Itu permintaan bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim Azeez dalam Program Berani Bersemuka dengan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof di Shah Alam malam ini.

Malah Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling bersedia menjadi orang pertama memberi segala maklumat yang diperlukan oleh RCI.

“Saya hendak nyatakan ini semua untuk buat kebaikan kepada umat Islam, saya nak nyatakan walaupun saya bukan Pengerusi Eksekutif TH sebenarnya tak perlu berdebat tapi atas nama umat Islam setiap detik saya sayang TH, saya minta seme pihak hentikan dan serahkan kepada kerajaan sekarang.

“Kerajaan sudah tahu segala-galanya termasuk keuntungan TH zaman saya berlandaskan perniagaan patuh syariah,” ujarnya semasa rumusan dan berdoa supaya kerajaan bawah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menubuhkan RCI terhadap TH.

Dalam masa yang sama, Abdul Azeez berharap kepimpinan TH sekarang memanggil semua barisan kepimpinan TH pada zamannya yang kini digantung tugas bagi mendapatkan perkara sebenar yang berlaku.

Beliau juga kesal kerana sejak pemerintahan PH, DAP juga mengetahui segala pelaburan yang ada pada TH kerana menteri kewangan mereka ketika itu dari parti berkenaan.

Terdahulu, Abdul Azeez berkata, pada tahun 2017 sewaktu dirinya meninggalkan TH, wang dalam TH mempunyai RM73.5 bilion yang berbanding waktu beliau baru mengambilalih hanya ada RM40 bilion.

“Jadi lebih RM27.8 bilion telah ditambah atau pun dimasukkan oleh pendeposit kerana percaya dengan Tabung Haji. Dalam masa empat tahun sudah sampai RM73.5 bilion,” katanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa dalam tempoh empat tahun semasa beliau mengambil alih TH sebanyak RM27.8 bilion simpanan TH dapat dikumpulkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat