Konsert Patuh Penjarakan Fizikal Pertama Di UK

- Advertisement -

UK:Ketika pandemik coronavirus melanda, industri muzik dan perhotelan antara industri yang sangat terkesan.

Konsert dan acara-acara keramaian dibatalkan di seluruh dunia ketika banyak negara mengenakan perintah pergerakan dan arahan tinggal di rumah untuk mengekang penyebaran virus.

Tetapi ketika beberapa negara mulai melonggarkan sekatan, penganjur persembahan mencari cara baru untuk memulakan semula industri muzik dan menjaga keselamatan para peminat dalam masa yang sama.

Lokasi persembahan muzik pop yang baru di UK, Virgin Money Unity, sedang menguji pendekatan ini. Kira-kira 2,500 peminat berkumpul di kawasan terbuka yang dikhaskan pada Selasa untuk menyaksikan apa yang digambarkan oleh penganjur sebagai, konsert penjarakan fizikal pertama di UK.

Seramai 5 orang sekumpulan, hadir menyaksikan pemuzik Sam Fender beraksi di ataw satu daripada 500 platform besi yang disediakan di arena yang terletak di Newcastle itu.

Jika percubaan ini berjaya – dengan tidak ada kluster baru olehnya, beberapa pemuzik dan pelawak – termasuk Van Morrison, Jimmy Carr dan Bill Bailey – akan beraksi di tempat yang sama pada tahun ini dalam beberapa siri acara yang telah dirancang penganjur

Antara lain penganjur memastikan penjarakan sosial dikuatkuasakan sejak dari ketibaan.

Kereta diletakkan sejauh dua meter antara satu sama lain, sebelum peminat diarahkan ke kawasan tontonan peribadi mereka sendiri, sementara makanan dan minuman boleh dipesan terlebih dahulu atau melalui aplikasi khas untuk diambil atau dihantar.

“Ini terasa seperti kesempatan unik untuk meraikan muzik dan semua emosi indah yang datang dengan mengalaminya secara langsung bersama peminat muzik lain,” kata artis Helen Page.

“Untuk kembali menyaksikan konsert dan hiburan malam yang biasa kita lakukan seperti sebelum wabak melanda, masih mustahil pada masa ini”, tambahnya lagi.

Sementara itu, sebilangan penganjur sedang bereksperimen dengan konsert dalam talian, menyediakan peralatan pelindung diri, atau pemeriksaan suhu semasa ketibaan – CNN

(Kita di Malaysia mungkin boleh mengikut apa yang dilakukan di UK ini dengan pendekatan kita sendiri).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat