Keluarga Adib Kecewa, Inkues Semula Buang Masa

- Advertisement -

Alor Setar – Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim kecewa dengan cadangan mengadakan semula inkues kematian anggota bomba itu kerana sudah terlalu lama bersabar menunggu pembelaan terhadap arwah.

Bapa Allahyarham Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, berkata cadangan itu hanya membuang masa, selain tidak menghormati keputusan Mahkamah Koroner Shah Alam pada 27 September tahun lalu yang memutuskan punca kematian Adib disebabkan perbuatan jenayah membabitkan dua atau lebih individu tidak dikenali.

Katanya, cadangan itu akan melengahkan lagi keadilan buat arwah anaknya setelah hampir dua tahun kejadian itu berlaku.

“Kalau nak siasat mereka sebagai merusuh itu pada saya okay, cuma tangkap sekali individu yang menyebabkan anak saya terbunuh dalam kejadian rusuhan itu.

“Kita sudah buang banyak masa dan banyak tenaga membabitkan ramai orang. Mahkamah Koroner membuat keputusan berdasarkan siasatan dan saksi termasuk banyak pakar dipanggil sebelum keputusan dibuat.

“Siasatan polis harus menjurus kepada keputusan Mahkamah Koroner dan perlu menghormati keputusan itu, kenapa mereka tak boleh terima keputusan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, kerajaan menjelaskan kertas siasatan kes kematian Adib dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara pada 23 Julai lalu dengan disusuli beberapa cadangan.

Rujukan semula kes itu antara lain mencadangkan supaya 12 suspek yang sebelum ini disyaki terbabit dalam kematian Muhammad Adib pada 17 Disember 2018 itu, dituduh mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin ketika memperincikan perkembangan kes itu berkata, cadangan lain turut dikemukakan adalah membuka semula inkues untuk siasatan jika mendapat persetujuan Peguam Negara.

Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat