5,355 Warga Malaysia Pulang Dari Luar Negara Dikenakan Kuarantin Wajib

Anakanda Sultan Brunei Mangkat

BRUNEI - Anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Azim mangkat hari ini. Memetik laporan Radio Televisyen Brunei, putera berusia 38 tahun itu...

Najib Persoal Langkah Jual FGV Ketika Syarikat Itu Diambang Keuntungan

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan adakah sekarang masa yang sesuai untuk FGV Holdings Berhad (FGV) dijual kepada...

Tolak Parti Politik Berlandaskan Islam, Kata Siti Kasim

KUALA LUMPUR - Marah dengan tindakan beberapa NGO (badan bukan kerajaan) yang membantah disifatkan sebagai cuba menimbulkan kekacauan. Menurut aktivis dan peguam, Siti Zabedah Kasim...

Bantuan BPN 2.0 Fasa Pertama Dipercepatkan, Keutamaan Golongan B40

KUALA LUMPUR – Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 telah bermula lebih awal daripada dijadualkan iaitu 19 Oktober lalu. Sebelum itu ia dijadualkan pada 26...

UMNO Yakin Agong & Majlis Raja-Raja Akan Buat Keputusan Terbaik Untuk Rakyat

SHAH ALAM - UMNO menyatakan keyakinan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-raja Melayu akan membuat keputusan terbaik untuk...

KUALA LUMPUR — Seramai 5,355 individu telah pulang ke tanah air sejak 24 Julai hingga semalam melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua mereka ditempatkan di 21 hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Sarawak, Selangor, Perak dan Johor bagi menjalani proses kuarantin wajib.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, 13 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Mereka telah pulang dari 28 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, UAE, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis dan Australia,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Menurut beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 1,969 pemeriksaan terhadap mereka yang sedang menjalani kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing semalam serta mengambil tindakan terhadap lima individu kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Mengenai Task Force Operasi Pematuhan, Ismail Sabri berkata PDRM telah membuat 64,656 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan SOP PKPP dan turut menahan 127 individu atas kesalahan ingkar PKPP melibatkan lapan orang direman dan 119 lagi dikompaun.

Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata PDRM telah membuat 63 sekatan jalan raya menerusi Operasi Benteng bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin dan seorang individu ditahan kerana kesalahan imigresen.

Bagi operasi sanitasi awam pula, beliau berkata sembilan operasi meliputi enam zon termasuk satu zon kuning telah diadakan semalam iaitu di Kedah, Melaka, Pahang dan Sabah.

Menurut kenyataan itu lagi, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) membuat pemeriksaan di 38 tapak binaan seluruh negara dan daripada jumlah tersebut, 34 tapak binaan didapati patuh SOP, sebuah tapak tidak patuh SOP dan diberikan nasihat serta tiga lagi tapak binaan tidak beroperasi.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan ke atas 12 jenis bekalan barangan di 727 premis perniagaan termasuk peruncit (533), pemborong (165) dan pengilang (29) semalam.

Secara keseluruhan, beliau berkata bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan serta mudah diperoleh.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Muhyiddin Pertimbang Bubar Parlimen Disember 2020

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan pembubaran Parlimen pada Disember 2020 sekiranya Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan November ini gagal mendapat...

Berita Berkaitan

Anakanda Sultan Brunei Mangkat

BRUNEI - Anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Azim mangkat hari ini. Memetik laporan Radio Televisyen Brunei, putera berusia 38 tahun itu...

Najib Persoal Langkah Jual FGV Ketika Syarikat Itu Diambang Keuntungan

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan adakah sekarang masa yang sesuai untuk FGV Holdings Berhad (FGV) dijual kepada...

Tolak Parti Politik Berlandaskan Islam, Kata Siti Kasim

KUALA LUMPUR - Marah dengan tindakan beberapa NGO (badan bukan kerajaan) yang membantah disifatkan sebagai cuba menimbulkan kekacauan. Menurut aktivis dan peguam, Siti Zabedah Kasim...