Ketuanan Melayu Adalah Fahaman Sesat Kata Khalid Samad

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menggesa rakyat di negara ini menolak perjuangan yang berasaskan bangsa.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) itu melalui laman Twitternya turut menyifatkan perjuangan Melayu sebagai fahaman sesat.

‘Ketuanan Yahudi’ menghasilkan ‘Zionisme’. Ketuanan Aryan’ menghasilkan ‘Nazi’ Hitler. Ketuanan Kulit Putih’ menghasilkan ‘White Supremacist’ Trump.

‘Ketuanan Melayu’ sealiran dengan tiga fahaman sesat ini. Tolak Ketuanan bangsa! Kedudukan Istimewa’ bukan ‘Ketuanan’,” katanya melalui ciapan di laman tersebut sebentar tadi.

Kenyataan tersebut kemudiannya mengundang rasa marah para pengguna media sosial yang mendakwa, Khalid sengaja mahu menimbulkan kontraversi kerana ingin menarik simpati bangsa lain.

“Bodoh tak sudah ko Lid, tak tau fakta main bedal je ikut apa orang kata. Orang “white” di USA tu pendatang, pribuminya adalah red indian, orang cina di malaysia juga pendatang dan Melayu adalah pribumi. Jadi kau dengan Cina dapigs memang “white supremacist” yang sebenar ada dalam negara ni,” bidas @wanzurmi

“Berhentilah nak fitnah Melayu. Nak buat naratif pun tak perlu over sangat sampai nak bandingkan dengan Zionisme Yahudi, Hitler, Supremacist.

“Ada ke orang Melayu ramai-ramai pergi menggila buat penghapusan etnik, pergi tetak bangsa-bangsa lain.
Jijik la ko ni Khalid main soal bangsa!,” tegas @ZainiSyukor pula.

“Memang perlu ada beza antara tuan rumah dengan tetamu YB. Tetamu kena hormatlah apa keistimewaan yang ada pada tuan rumah dan keistimewaan yang ada pada tuan rumah tak boleh dimiliki oleh tetamu. Ini bukan soal bangsa tapi ini soal keistimewaan tuan rumah ke atas tetamu,” ujar @afiq_sya11

Isnin lalu, Presiden PAN Mohamad Sabu ketika membahasakan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, memberi amaran bahawa ketuanan Melayu boleh menyebabkan huru-hara seperti yang terjadi di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mencelah sambil menegaskan Ketuanan Melayu adalah merupakan hak-hak orang Melayu yng termaktud di dalam perlembagaan. – SuaraTV

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat