Jangan Politikan Gambar Saya Dengan Mahathir Kata Azmin

- Advertisement -

Kulim – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau menyapa Tun Dr Mahathir Mohamad di masjid kelmarin untuk menunjukkan rasa hormat kepada negarawan.

Menafikan tindakannya itu ada tujuan politik, Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri) berkata beliau mahu bertemu Dr Mahathir dan mengucapkan ‘selamat Aidiladha’ selain bertanya khabar.

“Kita ini orang Islam dan orang Melayu serta rakyat Malaysia, kita bukan bersengketa atau bermusuhan sehingga dendam antara satu sama lain. Saya orang muda perlu tunjuk hormat kepada insan yang lebih tua.

“Mungkin kita ada pandangan yang berbeza tetapi apabila di dalam masjid dan apa lagi pada Hari Raya Aidiladha, maka kita harus bertegur sapa dan mengucapkan selamat kepada beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Korban Perdana Penggerak Komuniti Negara Negeri Kedah di Dewan Taman Mahsuri, Padang Serai, di sini hari ini.

Mohamed Azmin berkata pertemuan itu tidak harus dipolitikkan walaupun pendekatan beliau dan Dr Mahathir berbeza.

Katanya, Dr Mahathir adalah seorang tokoh negara yang perlu dihormati.

Kelmarin, tular video pendek Mohamed Azmin dilihat ‘mengejar’ Dr Mahathir selepas solat sehingga menimbulkan pelbagai persepsi politik pihak tertentu.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata, kerajaan sentiasa memberi tumpuan untuk membangunkan ekonomi negara daripada terus berpolitik sehingga menyebabkan rakyat menjadi keliru.

“Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu mentadbir ekonomi negara dengan baik dan statistik kini membuktikan keyakinan pelabur terhadap Malaysia kembali pulih berbanding pentadbiran kerajaan sebelum ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat