Enggan dikenali pelakon stereotaip

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Melihat karakter dibawakan, pelakon jelita, Isyariana, 29, akui boleh dikatakan kebanyakan memerlukannya mengalirkan air mata.

Apakah si pemilik nama lengkap Isyariana Che Azmi ini mahu dikenali sebagai pelakon air mata.

“Sebagai pelakon, jika boleh saya mahu mencuba pelbagai watak. Tak mahulah nanti dilabelkan pelakon stereotaip apabila asyik membawakan watak sama.

“Pun begitu, watak sebegini memang mencabar kerana saya perlu mengalirkan air mata apabila diminta pengarah. Saya pula seorang yang susah untuk menangis sebenarnya. Untuk mudahkan kerja, biasanya saya akan mendalami karakter yang dilakonkan.

“Pernah berlaku akibat sering menangis, mata saya menjadi bengkak dan masuk ke dalam,” katanya yang pernah membintangi filem Warkah ini.

Bidang lakonan menjadi tapak buat Isyariana menyemai bakat seninya. Memulakan kerjaya sekitar enam tahun lalu, Isyariana bagaimanapun hilang dari radar selama dua tahun sebelum muncul semula apabila menyertai program realiti, Akademi Fantasia pada 2016.

Sejak itu, Isyarana enggan menoleh ke belakang lagi, sekali gus meneruskan perjalanan untuk menggapai cita-cita yang diimpikan.

Ternyata, segala usaha dan penat lelahnya berbaloi apabila namanya semakin mekar dan mula mendapat kepercayaan dengan membawakan watak utama.

“Banyak pengalaman pahit manis yang dilalui untuk berada pada tahap ini. Semua ini dihadapi dengan tabah kerana saya percaya tiada jalan singkat untuk berjaya.

“Alhamdulillah, saya lihat kerjaya lakonan saya semakin berkembang dan apa yang membuatkan saya teruja apabila penerbit mula memberikan kepercayaan dengan memberikan watak heroin.

“Saya tak kisah bermula daripada bawah. Apa yang penting, saya cuba melaksanakan tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin. Apa sahaja watak diberikan, saya akan pastikan ia memuaskan hati.

“Cuma, apabila pegang watak utama, tanggungajwab semakin berat kerana babaknya semakin banyak. Penat sikitlah,” cerita Isyariana kepada BH Online.

Antara drama lakonannya ialah Cik Serba Tahu, Urusan Hati Cik Drama Queen, Duda Pujaan Dara, Lelaki Kiriman Tuhan, Satukan Rasa dan terbaharu yang masih dalam pembikinan adalah Luka Di Hati Diya.

Berita harian 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat