Kebajikan Syarikat & Pekerja Pengendali Haji & Umrah Perlu Dijaga – Zahid

- Advertisement -

Oleh: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Sebagaimana kita sedia maklum, Kerajaan Arab Saudi masih tidak membenarkan ibadah haji dan umrah dilaksanakan tahun ini bagi megelak kemudharatan yang mengancam nyawa akibat Wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Sangat bersimpati apabila mendengar banyak keluhan dari pemilik, kakitangan dan mutawif syarikat pelancongan yang mengendalikan pakej haji dan umrah yang kehilangan punca pendapatan mereka.

Sehingga ada syarikat yang sudah menutup operasi dan terpaksa memberi cuti tanpa gaji kepada kakitangan mereka. Saya difahamkan, hampir 500 ribu orang termasuk ahli keluarga dari sektor pengendali haji dan umrah ini terlibat.

Puji kerajaan atas usaha yang dibuat sebelum ini melalui pakej-pakej rangsangan termasuk membantu syarikat-syarikat Agensi Pelancongan Tempatan khasnya yang mengendalikan haji dan umrah.

Mohon agar kerajaan mempertimbangkan pemberian Dana Bantuan Tambahan kepada syarikat-syarikat ini serta kakitangan yang terlibat.

Selain itu saya memuji sikap yang ditunjukkan oleh beberapa pemilik syarikat dan kakitangan mereka yang mula beralih kepada Industri Pelancongan tempatan dan tidak kurang juga yang mula menjual kurma dan lain-lain produk dari Timur Tengah bagi nmeneruskan kelangsungan hidup.
Semoga Allah SWT mengangkat wabak covid-19 ini dengan segera agar dapat kita menziarahi rumah Allah dan kekasihnya Nabi Muhammad SAW.

#UMNOjagarakyat

*Penulis adalah Presiden UMNO, merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk

author avatar
Nur'ain Musa
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat