Fizo tak tuntut hak penjagaan anak kekal

UMNO Tanding Logo BN, Kekal Keputusan Tidak Sertai PN Secara Rasmi

KUALA LUMPUR - UMNO akan menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan keputusan tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai...

Individu Main Air Banjir Akan Dikompaun RM1,000 – Polis

RANTAU PANJANG - Kompaun RM1,000 akan dikenakan kepada mana-mana individu yang bermain air dan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang musim...

Tak Perlu Timbulkan Isu Siapa Menumpang atau Siapa Dominan, Kata Saifuddin

KUANTAN – Tidak timbul isu parti mana yang lebih dominan sekiranya gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan UMNO dibentuk bagi menghadapi Pilihan...

1,309 Kes Baru Covid-19, KL Catat Jangkitan Tertinggi Hari Ini

KUALA LUMPUR — Malaysia hari ini masih mencatatkan empat angka kes baharu Covid-19 iaitu 1,309 kes dengan Kuala Lumpur mencatatkan kes tertinggi iaitu 473...

Saintis China Dakwa Covid-19 Berasal Dari India

BEIJING - Saintis China mendakwa memiliki bukti kukuh pandemik Covid-19 bukannya bermula di negara itu, sebaliknya penyelidikan mereka menunjukkan ia berpunca dari negara lain,...

KUALA LUMPUR: Sudah takdir jodoh antara mereka tidak berkekalan, namun ia bukan halangan buat pelakon, Fizo Omar dan bekas isteri, Mawar Karim untuk mengekalkan hubungan baik demi kebahagiaan cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Bagi Fizo, dia dan bekas isteri mahu memberikan tumpuan membesarkan Maryam daripada terus bersengketa.

“Hubungan saya dengan Mawar masih baik. Kini, kami lebih fokus membesarkan dan memberi kasih sayang kepada Maryam daripada perkara lain.

“Saya tidak risau Maryam di bawah jagaan Mawar. Saya juga tahu keluarga Mawar menjaga Maryam dengan baik dan menyayanginya sepenuh hati.

“Bagi saya, apa yang paling penting adalah kebahagiaan Maryam. Apabila Maryam bahagia, saya turut bahagia,” katanya kepada BH Online.

Fizo Omar mahu memberikan tumpuan membesarkan Wan Maryam dengan kasih sayang biarpun berpisah dengan bekas isteri. - Foto IG Fizo Omar
Fizo Omar mahu memberikan tumpuan membesarkan Wan Maryam dengan kasih sayang biarpun berpisah dengan bekas isteri. – Foto IG Fizo Omar

Bagaimanapun, Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar berharap, bekas isteri dapat mengizinkannya bertemu Maryam, setiap minggu.

“Keputusan hak penjagaan anak masih belum keluar, tetapi saya tak akan menuntut hak penjagaan kekal kerana saya tahu, seorang anak lebih baik di bawah jagaan ibu.

“Sekarang ini, apa yang dilakukan atas budi bicara. Saya dapat menjaga Maryam pada minggu kedua dan keempat, tetapi jauh di sudut hati, saya berharap Mawar dapat memberi pelepasan untuk saya bertemu Maryam sekali seminggu,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama Pengantin 1 Malam untuk siaran slot Akasia di TV3.

Pelakon drama Bukan Cinta Aku dan Adellea Sofea itu berkata, dia kini giat membantu mereka yang terjejas sumber kewangan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menjana pendapatan sampingan daripada dapur rumah masing-masing.

“Saya melakukan seminar secara percuma di Facebook (FB) Rezeki Dapur. Di situ, saya membimbing mereka menambah pendapatan hanya dari dapur tanpa keluar rumah.

“Saya ada sedikit ilmu dalam perniagaan, jadi ini adalah inisiatif untuk membantu mereka dengan memberikan nasihat dan tip yang berguna,” katanya.

Setakat ini, FB yang berkonsep kumpulan tertutup sudah disertai lebih 4,009 ahli sejak dibuka ketika tempoh PKP dilaksanakan.

Berita Harian

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Petang Ini Boleh Lihat Siapa Khianati Rakyat

KUALA LUMPUR - “Petang ini kita dapat lihat siapa yang khianati rakyat,” kata Tan Sri Annuar Musa. Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu menyatakan semua...

Pemuda DAP Gesa Berpisah Dengan PKR Jika Anwar Enggan Minta Maaf

CYBERJAYA - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) hari ini membuat gesaan terbuka supaya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta maaf kepada rakan sekutu dalam...

Berita Berkaitan

7 ‘Sneakers Collab’ Hebat Yang Dibuat Eksklusif Untuk Malaysia

SneakerLah merupakan acara sneakers-convention terbesar di Malaysia sejak ia dimulakan pada tahun 2015. Pada tahun lalu, SneakerLah telah menyaksikan kelahiran sepasang kasut edisi terhad pertamanya hasil...

Redmi Watch, Jam Pintar Dengan Skrin 1.43 Inci, 7 Mod Sukan Diumumkan

Xiaomi telah melancarkan jam pintar dibawah jenama Redmi iaitu Redmi Watch yang dilancarkan bersama siri smartphone Redmi Note 9. Jam pintar ini menawarkan skrin...

Samsung Galaxy A12 Dengan Skrin Infinity-V 6.5 inci, Kamera 48MP, Bateri 5000mAh

Samsung baru sahaja mengumumkan peranti mampu milik iaitu Samsung Galaxy A12 untuk siri smartphone Galaxy A. Telefon pintar ini mempunyai paparan HD+ Infinity-V 6.5...