Peguam Musa Aman Hairan, Dakwa Saman Yayasan Sabah Pelik dan Meragukan

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Peguam kepada Tan Sri Musa Aman, Tengku Fuad Tengku Ahmad hari ini menafikan bekas ketua menteri Sabah itu terlibat dalam salah laku ketika menjadi pengerusi Yayasan Sabah milik kerajaan negeri dari 2003 hingga 2018.

Tengku Fuad berkata dakwaan bersifat politik tersebut adalah berniat jahat dan tidak benar.

“Tan Sri Musa menafikan dakwaan bahawa beliau melanggar mana-mana tugas fudisiarinya sebagai pengerusi Yayasan Sabah dari 2003 hingga 2018.

“Dakwaan terhadapnya hari ini adalah berniat jahat dan palsu sama sekali,” katanya.

Tengku Fuad juga berkata pihaknya berasa pelik, tidak wajar dan meragukan apabila mereka mengetahui mengenai saman berkenaan melalui kenyataan akhbar dan laporan media, bukannya melalui proses perundangan yang sepatutnya.

Kenyataan Tengku Fuad itu, mengulas pengumuman pengarah Yayasan Sabah, Jamalul Kiram Mohd Zakaria, pagi tadi bahawa pihaknya mengemukakan saman terhadap Musa bagi mendapatkan RM872 juta wang yang didakwa hilang.

Jamalul Kiram mendakwa bekas Ketua Menteri Sabah itu gagal menjalankan tanggungjawab fidusiari untuk memelihara kepentingan yayasan berkenaan sesuai dengan peranannya untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat negeri itu.

Menurut Jamalul Kiram, dalam tuntutan saman berkenaan mereka menamakan beberapa penerima dan transaksi yang melibatkan wang dalam beberapa akaun luar pesisir yang dituntut melalui proses perundangan.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat