Otai, ‘BBNU’ berbisa

Ambil vitamin K secukupnya

VITAMIN K nutrien penting yang memainkan peranan untuk pembekuan darah, kesihatan tulang dan jantung. Kajian terkini menunjukkan vitamin K berpotensi membantu merawat penyakit osteoporosis dan...

Cinta Ben Affleck dan Ana terlerai

Los Angeles: Selepas setahun menjalin cinta, aktor Ben Affleck, 48, dan pelakon Ana de Armas, 32, mengejutkan ramai apabila memutuskan untuk berpisah. Punca utama perpisahan...

Datuk Awie dah timang anak keenam

Kuala Lumpur: Penyanyi, pelakon dan penerbit, Datuk Awie selamat menimang cahaya mata keenam pada petang semalam. Perkara ini dizahirkan menerusi status Facebooknya yang dikongsi pada...

Burger King Malaysia Jalin Kerjasama Dengan PlayStation, Pelanggan Bakal Dapat PS5 Percuma?

Memiliki Playstation 5 (PS5) adalah impian bagi sebahagian rakyat Malaysia, dengan situasi pandemik dan arahan untuk kekal di rumah, sudah pasti masa yang terluang...

Jimat Dan Mudah, Ini Resipi Ayam Ala Kenny Roger Yang Sedap Untuk Anda Cuba

Sebut sahaja Kenny Roger semestinya anda sudah terbayang rasa dan aroma ayam panggangnya. Terbaharu, seorang pengguna Twitter @bellaTutulip telah berkongsi resipi ayam ala Kenny Roger yang...

PANDEMIK Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia tahun ini memberi kesan tersendiri terhadap industri hiburan kita. Bagaimanapun, ia tidaklah sehingga membunuh terus perkembangan industri seni.

Biarpun agak suram berbanding tahun-tahun sebelumnya, peminat boleh menyaksikan kemunculan bakat baharu yang mencipta populariti tersendiri, di samping artis popular sedia ada.

RAP menyenaraikan 10 artis yang mempunyai kekuatan dari aspek bakat yang konsisten dan mendapat tumpuan dalam kalangan peminat sepanjang 2020.

Yonnyboii

Yonnyboii, 22, atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin mencuri tumpuan menerusi hasil karyanya yang tersendiri. Dia yang aktif sebagai penyanyi dan komposer menghasilkan lagu popular antaranya Tujuan, Biar, Salahku, Takut (duet bersama Caprice), Sakit (duet bersama Zynakal), X Missing U (duet bersama Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir dan Tuju) dan 3 Kucing (duet bersama Ariff Bahran dan Adam E).

Yonnyboii dikenali sebagai komposer yang suka bereksperimen dalam muzik dan lagu Sakit yang diilhamkan daripada kisah yang berlaku terhadap Zynakal diterima baik peminat.

Malah, kegagalan lagu ini ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) mendapat perhatian peminat dan ramai penyanyi termasuk Datuk Hattan yang mengkritik ketua juri Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35, Azmeer Abu Bakar.

 

YONNYBOII
YONNYBOII

 

Muss

Muss, 52, membuat keputusan meninggalkan kumpulan lamanya, May pada Januari tahun lalu, namun namanya masih dikaitkan dengan kumpulan rock terbabit.

Pembabitannya dalam program Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) dipalit kontroversi apabila Astro masih mengekalkan gelaran Mus May pada namanya.

Muss menerusi program sama akhirnya menjelaskan tidak mahu dikaitkan dengan May dan menggunakan nama Muss. Keputusan ini amat tepat dan persembahannya yang konsisten setiap minggu berjaya meletakkannya sebagai pemenang kedua dalam program G7.

Elly Mazlein

Pelakon dan penyanyi ini dikenali dengan sikap periang, sekali gus membuatkannya disenangi kawan-kawan artis dan peminat.

Elly Mazlein, 40, atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi mencuri tumpuan peminat menerusi drama bersiri Kampung People musim pertama dan kedua.

Tidak ketinggalan, dia juga berbakat sebagai pengacara dan turut terpilih sebagai pengacara Lagu Cinta Kita 2 bergandingan dengan Azwan Ali.

Aina Abdul

Penyanyi dan komposer bernama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani, 27, ini hampir tidak dipedulikan ketika awal kemunculannya dalam industri hiburan.

Aina kemudian berjaya mencorakkan kariernya dengan acuan tersendiri apabila lagunya berjudul Sumpah terpilih dalam Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34).

Penyertaannya dalam The Masked Singer Malaysia menerusi kostum Bunga Raya membuahkan hasil apabila diangkat sebagai juara.

Lagunya, Semalam terpilih ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang berlangsung pada tahun depan. Baru-baru ini, Aina dinobatkan sebagai juara Vokal Mania anjuran TV3.

Haqiem Rusli

Kejayaan merangkul trofi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-33 (ABPBH33) sudah cukup membuktikan populariti yang dikecapi penyanyi bernama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli.

Dia menerima hadiah kemenangan berupa kereta Nissan LEAF berharga RM181,263 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.

Penyanyi dan komposer berusia 22 tahun ini sentiasa tampil dengan karya hebat dan popular antaranya Lembah Kesepian, Terasing Sepi dan Selamat Tinggal Sayang. Terbaharu dia tampil dengan single Adlina Marie.

 

NAIM Daniel
NAIM Daniel

 

Naim Daniel

Segar dengan kemenangan lagu Sumpah pada AJL34 lalu, Naim, 23, terus menghasilkan karya terbaiknya menerusi lagu Sembah yang turut menampilkan pemain gitar legenda, Man Kidal.

Kegagalan lagu ini mendapat tempat dalam AJL35 mengundang simpati ramai pihak terhadapnya sehinggakan ketua juri Azmeer menerima kecaman pelbagai pihak.

Datuk Seri Siti Nurhaliza

Populariti penyanyi nombor satu negara dan kesayangan ramai ini tidak dapat disangkal lagi. Setiap hasil karya atau aktiviti seninya pasti akan mendapat perhatian peminat.

Siti, 41, yang kini hamil empat bulan anak kedua, tampil dengan album ManifestaSITI2020 yang habis dijual sehari selepas pratempahan dibuka. Dia tampil dengan single terbaharu berjudul 7 Nasihat dan Aku Bidadari Syurgamu dimana kedua-duanya layak ke AJL35.

Siti juga terpilih menjadi Artis Lokal No 1 Paling Banyak Distrim di aplikasi muzik Joox sepanjang tahun ini. Dia turut diumumkan sebagai penyanyi atau Artis Malaysia Paling Banyak Distrim Sepanjang 2020 (Spotify Wrapped) menerusi penstriman muzik Spotify.

Riena Diana

Pelakon dan pengacara bernama sebenar Nur Qamarina Diana Zulreal, 23, ini sangat menyerlah menerusi siri popular Kampung People musim pertama dan kedua. Watak gadis bimbo bernama Laila atau Lailer lakonannya amat ditunggu-tunggu peminat.

Hasil populariti yang dikecapi menerusi drama ini berjaya melayakkan Riena tercalon sebagai Artis Baharu Wanita Popular dalam ABPBH33.

 

AZWAN Ali
AZWAN Ali

 

Azwan Ali

Siapa yang tidak kenal dengan nama Azwan Ali, 54, yang sentiasa sarat dengan kontroversi. Bagaimanapun, kehebatan Azwan sebagai orang lama dalam bidang penyiaran sukar digugat dan terbukti masih berbisa.

Azwan membalas kepercayaan yang diberikan oleh TV3 sebagai hos program Lagu Cinta Kita dengan menjalankan tanggungjawabnya dengan cemerlang bersama gandingannya Elly Mazlein sehingga berjaya menjadi trending.

Daripada hanya dua episod, dia seterusnya diberi kepercayaan menggalas tugasan ini hingga episod akhir.

Ernie Zakri

Ernie, 28, atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri saban tahun tampil dengan karya terbaik yang mendapat perhatian masyarakat.

Tahun ini Ernie tampil dengan single Boneka. Dia juga terpilih menyanyikan lagu patriotik berjudul Malaysia Prihatin sempena tema kemerdekaan tahun ini. Nyanyiannya yang berkonsep pop dan simfoni menerusi lagu ciptaan Datuk Mokhzani Ismail ini amat memukau.

Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan

Ambil vitamin K secukupnya

VITAMIN K nutrien penting yang memainkan peranan untuk pembekuan darah, kesihatan tulang dan jantung. Kajian terkini menunjukkan vitamin K berpotensi membantu merawat penyakit osteoporosis dan...

Cinta Ben Affleck dan Ana terlerai

Los Angeles: Selepas setahun menjalin cinta, aktor Ben Affleck, 48, dan pelakon Ana de Armas, 32, mengejutkan ramai apabila memutuskan untuk berpisah. Punca utama perpisahan...

Datuk Awie dah timang anak keenam

Kuala Lumpur: Penyanyi, pelakon dan penerbit, Datuk Awie selamat menimang cahaya mata keenam pada petang semalam. Perkara ini dizahirkan menerusi status Facebooknya yang dikongsi pada...