AS sekat minyak sawit dan produk minyak sawit Sime Darby

- Advertisement -

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terhadap minyak sawit dan produk minyak sawit yang dikeluarkan oleh Sime Darby Plantation Berhad dan syarikat subsidiarinya.

Arahan terhadap syarikat yang berpangkalan di Malaysia itu dibuat susulan siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBP).

Menurut Pengarah Eksekutif CBP, Ana Hinojosa, siasatan yang dijalankan menemui petanda buruh paksa termasuk keganasan fizikal dan seksual, kawalan pergerakan, intimidasi dan ugutan, penahanan gaji dan kerja lebih masa yang berlebihan.

Hinojosa berkata, keputusan agensi terbabit mengeluarkan arahan sekatan itu menjadi mesej jelas kepada komuniti perdagangan.

“Pengguna mempunyai hak untuk tahu dari mana minyak sawit itu datang dan bagaimana minyak sawit itu dihasilkan dan apa jenis produk yang menggunakannya,” katanya.

Sekatan itu dibuat susulan petisyen yang difailkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan firma guaman selepas mendapati wujud unsur buruh paksa di sektor perladangan di Malaysia dan Indonesia.

Arahan terbaharu itu dibuat selepas tiga bulan kerajaan mengeluarkan sekatan sama terhadap minyak sawit dan produk minyak sawit yang dikeluarkan oleh syarikat Malaysia, FGV Holdings, berikutan wujud dakwaan syarikat itu menggunakan buruh paksa.

AS mengimport kira-kira AS$410 juta (RM1.65 bilion) minyak sawit mentah Malaysia tahun ini.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat