Demi kelangsungan hidup

- Advertisement -

PROGRAM Mikrofon Impian adalah program realiti berkonsepkan pertandingan nyanyian yang diadaptasi daripada program ‘game show’ nyanyian nombor satu di Thailand.

Ia diterbitkan bagi membantu peserta yang memerlukan bantuan kewangan untuk melunaskan bebanan hutang.

Bagi menambah baik format asal, pelbagai pengisian elemen tempatan turut disuntik supaya bersesuaian dengan budaya serta relevan untuk tontonan masyarakat di Malaysia.

Kembali serba baharu dengan misi berbeza untuk musim kedua, edisi kali ini turut membuka penyertaan kepada orang ramai yang ingin membantu golongan yang kurang bernasib baik dengan menyumbang suara mereka bagi mewakili pihak individu yang ingin dibantu.

Peruntukan bantuan kewangan yang diberikan untuk musim ini juga bukan sekadar memfokuskan untuk membantu melangsaikan bebanan hutang semata-mata, tetapi turut merangkumi pelbagai masalah kewangan lain seperti membiayai kos rawatan perubatan, dijadikan modal perniagaan, menampung kos harian akibat kehilangan pekerjaan, meneruskan kelangsungan hidup yang terjejas akibat krisis Covid-19 dan sebagainya.

Hadiah wang tunai yang ditawarkan pula adalah mengikut jumlah keperluan bantuan kewangan yang diminta berdasarkan situasi masing-masing.

Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, sambutan pada musim pertama membuatkan Astro meneruskan program itu.

“Kami cukup berbesar hati dengan reaksi dan sambutan positif yang diterima ketika program ini diperkenalkan buat pertama kali tahun lalu. Ini membuktikan inisiatif kemasyarakatan sebegini juga mampu mendapat tempat di hati penonton yang prihatin.

“Bagi menambah baik matlamat penerbitan program untuk edisi kali ini, kami turut bekerjasama dengan saluran pengumpulan dana sosial menerusi platform KitaFund khusus untuk orang ramai yang ingin menyumbang secara ikhlas kepada peserta menerusi saluran yang betul.

“Di kesempatan ini, ingin kami tegaskan bahawa jumlah sumbangan bukan untuk dijadikan ukuran utama, tetapi nilai ingatan kepada mereka yang memerlukan lebih diberikan perhatian sewajarnya. Semoga kes yang ditonjolkan untuk musim ini dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi, motivasi dan pemangkin semangat kepada kita semua untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik dan berkualiti, insya-Allah,” katanya.

 

PESERTA tidak dapat menahan kesedihan.
PESERTA tidak dapat menahan kesedihan.

 

Tiga peserta akan berentap dalam pusingan kalah mati untuk setiap episod. Mereka akan diminta untuk menjelaskan situasi kewangan yang dihadapi sebelum menyanyikan lagu pilihan masing-masing di hadapan juri.

Peserta yang memikat hati juri akan mara ke pusingan akhir untuk menentukan jumlah wang tunai yang bakal dimenangi. Dalam pusingan akhir, peserta diajukan soalan lazim berkenaan industri hiburan.

Bagi menjawab soalan itu, peserta perlu memilih salah satu mikrofon yang ditanda dengan nombor di hadapan dan menyanyi mengikut pilihan jawapan yang dipilih. Jika mikrofon yang dipilih berbunyi, ia menandakan jawapan yang dipilih adalah tepat. Jika gagal, peserta hanya membawa pulang separuh daripada jumlah bantuan kewangan yang diminta.

Pengacara, Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil terus diberi kepercayaan untuk mengendalikan pentas Mikrofon Impian selaku pengacara.

 

SOROTAN aksi peserta.
SOROTAN aksi peserta.

 

Sementara, penyanyi, Fauziah Latiff dan Azmi Saat dikekalkan sebagai juri tetap untuk musim kedua. Manakala, seorang juri jemputan turut diundang khas secara bergilir-gillir pada setiap minggu untuk menyertai juri tetap bagi mengadili persembahan peserta.

Antara juri jemputan yang memeriahkan musim kedua kali ini seperti Ameng, Lisa Surihani, Syamel, Hazama, Erra Fazira, Azlan The Typewriter, Ernie Zakri, Akim Ahmad, Ezad Lazim, Siti Sarah, Datuk Hattan, Datuk Rosyam Nor dan Liza Hanim.

Program Mikrofon Impian musim kedua mulai ditayangkan pada 27 Disember lalu, setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat