Menteri hanya perlu jawab soalan wartawan, jangan berlagak samseng

KUALA LUMPUR – Menteri DAP dinasihatkan agar tidak kurang ajar kepada pengamal media.

Ketua Bersatu Terengganu Datuk Razali Idris mengingatkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming untu menghormati profesion kewartawanan yang mulia.

“Jangan mengugut sesekali dengan pengamal media kerana mereka hanya menjalankan tugas secara profesional. Jangan berlagak samseng.

“Menteri hanya perlu menjawab, tidak kiralah secara berhemah, berhelah atau diam sahaja atau no komen.

“Yang koyak sekarang adalah Menteri, mengapa Menteri DAP ini mudah koyak rabak? Sebab takut dan baru tersedar bahawa anda telah mencemarkan kemartabatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan?

“Kononnya nak tutup malu kerana ditanya seorang wartawan yang berani menegakkan kebenaran mengikut apa yang termaktub dalam Perlembagaan. Adalah sesuatu pemikiran yang lemah dalam otak Menteri DAP ini kerana masih terkial-kial kononnya untuk menarik minat masyarakat antarabangsa. Sepatutnya kita atau Menteri ikut acuan kebangsaan kita sendiri,” tempelak Razali.

Susulan itu beliau menyeru pengamal media supaya tidak tunduk kepada sebarang ugutan dan kurang ajar dari mana- mana pihak yang tidak mengerti peranan media yang berani, telus, kritis dan integriti.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat