Hamas seru media terus sokong Palestin, dedah jenayah perang Zionis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyatakan kepada Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh bahawa Malaysia keseluruhannya berpihak kepada Palestin.

Hadi memberitahu Ismail Haniyeh apa yang sedang berlaku sekarang adalah bibit-bibit permulaan kepada sebuah kemenangan yang besar.

Menerusi perbualan telefon Presiden PAS dengan pemimpin Hamas pafda 30 Oktober lalu, Hadi telah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada perjuangan yang ditempuh rakyat Palestin sekarang.

“Sesungguhnya rejim Zionis benar-benar sedang melakukan pembunuhan besar-besaran di Gaza.

“Hari ini bukan negara-negara Arab dan Islam sahaja yang menyokong Palestin, suatu yang sangat luar biasa apabila negara-negara luar lain dari seluruh dunia juga berani bangkit menyatakan solidariti bersama Palestin dengan mengadakan demonstrasi secara besar-besaran.

“Hamas dan Al-Qassam adalah barisan hadapan ummah dan kepimpinan adalah di tangan mereka” ujar Hadi yang juga bekas Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah.

Sementara itu, Ismail Haniyeh menghargai sokongan kuat dari PAS dan Malaysia yang secara rasmi dan terbuka menyokong hak rakyat Palestin mempertahankan tanah kediaman mereka dan melancarkan kempen sumbangan untuk rakyat Palestin.

Beliau menyeru kepada media-media agar terus menyokong Palestin, mendedahkan jenayah perang Zionis, menafikan naratif mereka, mendakwa pemimpin mereka dan menuntut mereka bertanggungjawab atas jenayah dan kezaliman yang mereka telah lakukan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat