DIHK jalin kerjasama, kongsi kepakaran dengan TVET Malaysia – Ahmad Zahid

- Advertisement -

PUTRAJAYA — Dewan Perniagaan & Industri Jerman (DIHK) telah bersetuju berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam membentuk satu kerjasama bersama Majlis Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini sekaligus dapat membantu mencipta rangka tindakan unik yang disesuaikan dengan program TVET Malaysia.

“Mesyuarat juga bersetuju bahawa Dewan Perniagaan Jerman Malaysia akan mengetuai syarikat-syarikat Jerman di Malaysia dan sebahagian daripada majlis penasihat yang khusus untuk membina ekosistem TVET di Malaysia.

“Dewan Perniagaan Jerman akan memainkan peranan penting dalam mempromosikan program GDVT (German Dual Vocational Training) yang melibatkan penyertaan industri Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata demkian, hal ini dipersetujui hasil mesyuarat dengan wakil dari Bosch-Haus dan DIHK ketika lawatannya ke Bosch di Berlin, Jerman, semalam.

“Ini akan membantu menyelaraskan tenaga kerja mahir Malaysia bersesuaian piawaian Jerman seterusnya menjadikan mereka lebih berdaya saing dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Saya percaya, masa depan industri TVET adalah cerah, dan kerjasama dengan institusi TVET yang mantap seperti di Jerman ini sudah pastinya akan memangkin ekosistem TVET di negara kita.

Selain itu katanya kejayaan pelan tindakan ini nanti akan bergantung pada dedikasi, kerjasama yang berkesan dan akses kepada perkongsian kepakaran yang sedia ada.

“Insya-Allah dengan komitmen dan kerjasama yang utuh, saya yakin, seperti di Jerman, Jepun, dan banyak negara maju lain – TVET akan menjadi pilihan utama pelajar dan menjadi penyumbang utama kepada tenaga kerja negara kita.

“Bersama GMI- MARA, perbincangan kami berkisar tentang potensi kerjasama dan perkongsian kepakaran, khususnya dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET),” katanya.

Ketika ini jelasnya Malaysia sedang membangunkan rangka tindakan komprehensif yang dikenali sebagai Dasar TVET Negara 1.0 – yang akan mecorakkan masa depan pendidikan vokasional di Malaysia.

“Rangka tindakan ini bertujuan bukan sahaja untuk menyampaikan kemahiran serta pengetahuan praktikal tetapi juga untuk membentuk aspirasi dan peluang bagi anak muda di dalam negara.

“Saya percaya bahawa bakat belia Malaysia tidak seharusnya dihadkan semata-mata bagi pencapaian akademik sahaja tetapi mereka perlu dipandu oleh minat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM), yang memerlukan kemahiran praktikal,” katanya.

Semalam, beliau turut berpeluang menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Institut Jerman-Malaysia (GMI) dan TH Brandenburg University of Applied Sciences di Universiti tersebut.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat