PM Ucap Takziah Kepada Korea Selatan Berkaitan Tragedi Itaewon

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengucapkan takziah kepada rakyat Korea Selatan berhubung tragedi rempuhan di satu parti Halloween di Daerah Itaewon , Seoul, Sabtu malam.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya mengucapkan takziah kepada rakyat Korea Selatan berikutan tragedi dahsyat di Itaewon, Seoul pada 29 Okt.

“Doa dan simpati kami bersama mangsa dan keluarga mereka,” kata beliau menerusi hantaran di akaun Twitternya.

Dilaporkan, mangsa korban rempuhan di Seoul meningkat kepada 154, termasuk 26 warga asing.

Tragedi pada Sabtu malam itu berlaku apabila sekumpulan besar peserta parti Halloween bersesak-sesak memenuhi lorong selebar 3.2 meter di daerah hiburan Seoul itu yang mengakibatkan rempuhan maut, dilihat sebagai malapetaka paling buruk dalam sejarah Korea Selatan sejak 2014 apabila feri Sewol tenggelam di perairan selatan dan mengorbankan 304 nyawa kebanyakannya pelajar sekolah menengah. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat