Khairy, Asyraf, Zahida Tanding Kawasan Baru?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) dikatakan mencatur strategi baru dalam agihan calon dan kawasan Parlimen yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

BN pada PRU kali ini dikhabarkan menempatkan calon di luar radar kawasan mereka bagi tujuan mencipta kelainan atau eksperimen ubah angin.

Difahamkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Rembau) akan berhijrah ke Parlimen Sungai Buloh di Selangor.

Manakala Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan yang juga Ketua Puteri Umno Bahagian Pandan bakal ditempatkan di Parlimen Padang Besar, bagi menggantikan Datuk Zahidi Zainul Abidin yang didakwa tidak lagi dicalonkan pada PRU ini.

Selain itu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang sebelum ini pernah menawarkan diri untuk bertanding sekali lagi di Parlimen Pasir Puteh akan dihantar berentap di Gerik.

Nama lain yang disebut tanding di kawasan baru ialah, Ketua Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan akan ke Alor Gajah.

Namun, Umno dan MCA dikhabarkan masih berunding kerusi berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat