Kes Harian Covid-19 Turun Kepada 4,979 Kes Hari Ini – KP Kesihatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jumlah kes harian COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan trend penurunan dengan 4,979 kes baharu dilaporkan setakat 12 tengah hari ini, berbanding 5,854 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terkini itu menjadikan kumulatif kes baharu kini 2,471,642.

Katanya, daripada jumlah kes baharu hari ini, hanya 85 kes atau 1.7 peratus melibatkan kategori tiga, empat dan lima, manakala baki 4,894 kes atau 98.3 peratus terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Daripada jumlah kes baharu itu, 23 kes adalah kes import manakala 4,956 kes melibatkan penularan tempatan,” katanya dalam kenyataan mengenai situasi COVID-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata bagi kes sembuh, sebanyak 6,127 kes dilaporkan, mengatasi kes baharu dan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih COVID-19 kini 2,374,761.

Selain itu, terdapat 562 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 326 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata sebanyak enam kluster baharu telah dikenal pasti membabitkan masing-masing dua kluster pendidikan tinggi dan komuniti serta masing-masing satu kluster pendidikan lain dan tempat kerja.

Menurut Dr Noor Hisham, kadar kebolehjangkitan atau Rt seluruh negara semalam pula ialah 0.96 dengan Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur mencatat kadar Rt tertinggi iaitu 1.02 manakala Labuan satu-satunya kawasan mencatatkan kadar kebolehjangkitan sifar.

Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 dalam negara akan dimuat naik ke laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dengan data akan dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat