4.8 Juta Individu Bujang Termasuk Warga Emas Dapat Manfaat Bantuan BKM 2022

- Advertisement -

CYBERJAYA – Seramai 4.8 juta individu bujang akan mendapat manfaat daripada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan melalui pembentangan Bajet 2022 pada Jumaat lalu, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Menerusi kenyataan akhbar hari ini MOF berkata, jumlah penerima bujang itu melibatkan seramai satu juta penerima warga emas bujang dan 3.8 juta penerima bujang.

Menurut kenyataan itu lagi, secara keseluruhannya seramai 9.6 juta penerima layak menerima BKM membabitkan peruntukan kewangan berjumlah RM8.2 bilion.

“BKM 2022 akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun 2021.

“BKM 2022 telah ditambah baik supaya kumpulan yang benar-benar terkesan, diberi lebih tumpuan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat