RM24 juta bagi Bantuan Pelan Data kepada 300 Ribu Pelajar IPT

- Advertisement -

PUTRAJAYA, 31 Okt — Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memperuntukkan RM24 juta bagi Bantuan Pelan Data kepada 320,396 pelajar dari kategori B40 bagi memastikan mereka mendapat persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian ekoran pandemik COVID-19.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad berkata melalui pelan data tersebut sebanyak 225,784 unit kad SIM diagihkan kepada pelajar dengan kerjasama syarikat telekomunikasi, Yayasan YTL dan Lembaga Tabung Haji.

“Baki seramai 94,612 pelajar pula akan mendapat pemberian tunai bagi tujuan pembelian pelan data,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Pakej Pelan Data dan Peranti Kepada Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di KPT di sini semalam.

Noraini berkata sebanyak 8,965 unit peranti komputer riba khusus diperuntukkan kepada pelajar (IPT) di bawah kategori B40 secara bersasar.

Beliau berkata 5,965 pelajar bakal menerima bantuan komputer riba secara percuma. Selain itu, seramai 2,700 pelajar pula akan menerima bantuan dalam bentuk pemberian tunai bagi tujuan yang sama manakala seramai 300 pelajar akan menikmati bantuan pinjaman kewangan bagi memiliki komputer riba yang diperlukan dengan harga istimewa. -BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat