Rakyat Malaysia Di Turki, Greece Selamat

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Tiada rakyat Malaysia yang terjejas secara langsung dengan gempa bumi yang menggegarkan Turki dan Greece, awal pagi tadi.

Kementerian Luar berkata, berdasarkan laporan awal, warga Malaysia yang berada di Izmir, Turki juga selamat.

“Kementerian Luar sedang memantau perkembangan susulan kejadian gempa bumi berskala 7.0 Ritchter di Laut Aegea.

“Gempa bumi tersebut telah menjejaskan bandar Izmir dan Pulau Samos, Greece,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kementerian Luar mengucapkan takziah dan simpati kepada kerajaan Turki juga Greece atas kehilangan nyawa dan kecederaan akibat bencana tersebut.

Katanya, Malaysia juga menzahirkan soladariti bersama negara-negara tersebut di waktu yang sukar ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seramai 12 mangsa terkorban dan 419 orang cedera di Turki setakat pukul 1.30 pagi ini (waktu Malaysia) selepas gempa bumi kuat menggegarkan pantai barat negara itu serta beberapa kawasan di Greece.

Di Greece, pihak berkuasa melaporkan bahawa dua orang meninggal dunia di Pulau Samos, di timur negara itu, menjadikan angka korban keseluruhan meningkat kepada 14 orang.-K!ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat