Covid-19: Britain Mungkin Laksana Lockdown Seluruh Negara Rabu Depan

- Advertisement -

BRITAIN: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson sedang menimbang untuk mengenakan tindakan penutupan nasional baru minggu depan, di tengah-tengah kebimbangan bahawa hospital di seluruh negara sesak dengan pesakit berikutan gelombang baru kes COVID-19, lapor akhbar The Times semalam.

Sekatan baru boleh dilaksanakan pada hari Rabu sehingga 1 Disember, kata Times.

Johnson dijangka mengadakan sidang akhbar pada hari Isnin untuk mengumumkan langkah-langkah baru, di mana semuanya boleh ditutup kecuali kedai-kedai barang keperluan dan “institusi pendidikan,” kata akhbar itu.

Namun, langkah-langkah terbaru itu masih dalam perbincangan, dan belum ada keputusan akhir, kata The Times, mengutip sumber rasmi kerajaan.

Pegawai Pejabat Kabinet tidak menjawab permintaan untuk mendapatkan komen dari Reuters.

United Kingdom pada hari Jumaat melaporkan 24,405 kes baru COVID-19 dan 274 kematian lagi dalam masa 28 hari dari ujian positif, menurut data keraiaan. UK kini mencatatkan lebih daripada 20,000 kes koronavirus baru sehari secara purata sepanjang minggu lalu

Jangkitan COVID-19 meningkat secara berterusan di United Kingdom – melainkan sesuatu dapat dilakukan untuk mengurangkan jumlah jangkitan, senario “kes terburuk yang munasabah” sebanyak 80.000 orang mati dapat dihentikan, kata para saintis pada hari Jumaat.

Pada masa ini, kerajaan melaksanakan sistem larangan tiga peringkat untuk kawasan tempatan di England, dengan Tahap 3 sebagai yang btertinggi. Scotland, Wales dan Ireland Utara menjalankan polisi mereka sendiri untuk memerangi wabak tersebut.

Pada tahap ketiga larangan, bercampur gaul dalamrumah dilarang, pub dan bar diperintahkan untuk ditutup, majlis perkahwinan tidak dibenarkan, dan perjalanan ke atau dari kawasan tersebut harus dielakkan.

Laporan Times menambah bahawa kerajaan juga mempertimbangkan langkah-langkah regional yang lebih keras, yang dikenal sebagai Tahap 4, tetapi para menteri dikatakan lebih cenderung kepada polisi penutupan seluruh negara – Reuters

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat