PM dikecam, enggan pertimbang pengeluaran KWSP

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Laman Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin dihujani ribuan kecaman netizen yang marah dengan keputusan Perdana Menteri enggan menimbangkan cadangan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Tinjauan SuaraTV mendapati, rata-rata pengguna media sosial tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan itu yang disifatkan enggan mendengar keluh kesah rakyat yang sedang berdepan dengan pendemik Covid-19.

“Kalau enggan beri auto moratorium. Izinkan kami rakyat Sabah gunakan simpanan kewangan KWSP kami.

“Kalau keduanya pun tidak boleh, lepaskanlah jawapan PM tu. Kami rakyat Sabah amat terkilan dengan sikap tidak sensatif YAB PM terhadap kami,” ujar Mohd Amir Mohd Ali.

“Tan Sri tolonglah luluskan pengeluaran Rm10k KWSP kami itu. Kami yang kerja swasta tak ada pencen bagai macam Tan Sri. Dengan keadaan sekarang, nak keluar cari rezeki pun susah. Sekurang-kurangnya boleh start meniaga apa yang patut. Duit kwsp itu duit kami juga,” bidas Bha Ide Anacondanian pula.

“Saya (dahulu) kerja (di) Singapura pun carum sendiri KWSP tapi saya bercadang andai ada rezeki saya kerja Singapura semula, saya tak akan lagi simpan di KWSP baik simpan ASB boleh juga keluar (duit) hampeh. Dah susah bulan-bulan dapat keluar RM500 je nak buat bayar kereta, rumah, makan, (belanja) anak sekolah pun tak lepas,” tegas Aritz Arisha.

Terdahulu Muhyiddin berkata, sukar untuk kerajaan mempertimbangkan cadangan tersebut kerana ia memberi masalah lebih besar pada masa depan.

“Saya hendak beritahu sukar kita pertimbangkan perkara itu, bukan sebab kita tidak mahu sedangkan tanpanya kita telah menyediakan bantuan berbililon-bilion ringgit. Yang terakhir tujuh bilion ringgit digunakan untuk membantu rakyat.

“Yang ada simpanan itu untuk simpanan masa hari tua, banyak orang hantar teks itu, teks ini (mesej) kepada saya, ‘Tan Sri tolonglah kami susah’.

“Tetapi saya sedar, jika kita membenarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan EPF (KWSP) yang masih berbaki tidak tahu tinggal beberapa puluh ribu ringgit, ia mendatangkan masalah lebih besar lagi pada masa akan datang,” katanya sebentar tadi.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini meminta kerajaan mempertimbang pencarum KWSP dibenarkan membuat pengeluaran sehingga RM10,000 secara ‘one-off’ dari Akaun 1 masing-masing.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat