Prestasi TWS mengujakan

- Advertisement -

Sudah menjadi satu kemestian untuk memiliki aksesori audio tanpa wayar atau TWS terutamanya bagi pengguna yang sering bergerak daripada satu lokasi ke lokasi lain.

Penggunaan TWS ini penting bagi memudahkan pengguna di samping boleh digunakan untuk mendengar muzik dan sebagainya.

Trend pengguna hari ini juga lebih selesa untuk memiliki aksesori TWS yang mempunyai jangka hayat bateri lebih lama sekali gus membolehkan mereka menggunakan dalam tempoh maksimum.

Untuk semua kriteria berkenaan, penulis mahu mencadangkan kepada pengguna untuk memiliki peranti TWS keluaran Huawei iaitu FreeBuds 4.

Huawei FreeBuds 4 ini dilengkapi dengan rekaan yang selesa terutamanya menawarkan kesan bunyi yang sangat baik termasuk kawalan tahap bunyi mudah diakses.

Paling menarik adalah sistem TWS Huawei FreeBuds 4 ini turut dilengkapi dengan pembatalan hingar aktif atau ANC untuk memberi kesan bunyi yang lebih baik kepada pengguna.

Rekaan fon telinga oleh Huawei FreeBuds 4 ini juga sangat sesuai untuk penggunaan jangka panjang dan pengguna tidak akan merasa sakit di bahagian luar telinga berbanding beberapa TWS lain.

Kotak penyimpanan fon telinga ini juga direka dengan bentuk yang sangat kecil dan penulis boleh meletakkan ruang penyimpanan fon telinga ini di dalam poket tanpa merasa gangguan.

Bagi pengaktifan beberapa ciri khusus, FreeBuds 4 ini boleh diaturcara menerusi Huawei AI Life App dan pengguna boleh melakukan beberapa tetapan mengikut kesesuaian sendiri.

 

 

Kaedah penyambungan atau padanan dengan peranti pintar juga adalah sangat mudah.

Bagi ujian muzik, penulis sangat kagum dengan prestasi TWS ini apabila mampu untuk menghasilkan satu bentuk kesan bunyi bagi frekuensi rendah dan tinggi termasuk bunyi bass yang sangat jelas.

Untuk tempoh penggunaan pula, Huawei FreeBuds 4 ini mampu untuk bertahan lebih empat jam penggunaan penuh dan boleh mengecas dengan meletakkan di dalam pod penyimpanan fon telinga serta penggunaan boleh melebihi 22 jam.

Untuk pengecasan pod penyimpanan, ia menggunakan USB C dan hanya mengambil masa kira-kira sejam untuk penuh.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat