Hari Kebangsaan 2020 dalam norma baharu penuh bermakna

Jeffrey lepaskan jawatan di Persekutuan, fokus Sabah

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Menteri Sabah yang baru diangkat, Datuk Dr Jeffrey Kitingan memilih untuk melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya...

Difitnah Tawarkan Ayam Goreng Berulat Kepada Pelanggan, McDonalds Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan berita seorang gadis sengaja sebar fitnah dengan mengatakan ayam goreng dibelinya di McDonalds berulat. Justeru itu, gadis tersebut bertindak...

Nizam kuarantin dua minggu

KUALA LUMPUR: Penyanyi Gugurnya Bunga Cinta, Nizam Laksamana terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu di rumah selepas pulang dari Sabah, kelmarin. Dalam perkongsian menerusi...

Tak sorok nikah

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Jangan Pandang Belakang, Intan Ladyana, 38, tidak akan merahsiakan berita perkahwinannya, sebaliknya berkongsi andai sudah tiba jodohnya. Sebelum ini, desas-desus yang...

Najwa Shihab ‘interview’ kerusi

Hos terkenal Indonesia, Najwa Shihab mencuri perhatian ramai apabila menemubual kerusi bagi menggantikan Menteri Kesihatan Indonesia, Terawan Agus Putranto pada program kendaliannya, Mata Najwa,...

PUTRAJAYA: Diiringi semangat cintakan tanah air yang membara, sambutan Hari Kebangsaan 2020 berlangsung di Dataran Pahlawan Negara di sini hari ini dalam persekitaran norma baharu – namun tetap penuh bermakna – ketika negara masih berjuang mendepani pandemik COVID-19.

Bertemakan ‘Malaysia Prihatin’ dengan atur cara sederhana, kehadiran di Dataran Pahlawan Negara yang julung kali dipilih sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan terhad kepada dif kehormat, anggota keselamatan dan petugas bagi memastikan majlis berjalan mengikut prosedur operasi standard.

Hadirin perlu melakukan saringan suhu badan dan mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera serta memakai pelitup muka sebagai langkah mencegah penularan wabak COVID-19, manakala kerusi untuk dif kehormat disusun dengan jarak satu meter antara satu sama lain sebagai mematuhi penjarakan fizikal.

Meskipun rakyat Malaysia tidak dapat menyaksikan detik penting negara itu di lokasi seperti kebiasaan pada setiap tahun, mereka tetap berpeluang mengikuti sambutan ulang tahun tersebut secara langsung melalui televisyen dan laman media sosial.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan berangkat ke sambutan Hari Kebangsaan 2020, tiba di Dataran Pahlawan Negara pada 8 pagi, dan ini disusuli nyanyian lagu keramat, Negaraku, sebagai menandakan bermulanya acara sambutan.

Dalam Titah Diraja itu,  Yang di-Pertuan Agong menegaskan  lima prinsip Rukun Negara adalah formula rakyat berbilang bangsa hidup secara rukun dan damai, dan prinsip tersebut seharusnya menjadi panduan serta amalan oleh semua pihak termasuk pemimpin negara, kerajaan dan rakyat Malaysia.

Bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara, Seri Paduka turut mengajak seluruh rakyat untuk menghargai serta menjaga kemerdekaan dan keamanan yang dikecapi negara.

Selesai bertitah, Seri Paduka kembali bersemayam dan menonton siaran sambutan Hari Kebangsaan 2020 yang disiarkan RTM bersama hadirin.

Hadirin dipertontonkan dengan rakaman perarakan 63 ekor kuda daripada pelbagai agensi yang membawa Jalur Gemilang diketuai Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Dr Aminuddin Hassim dari Jambatan Putra ke Dataran Putra, Presint 1 di sini.

Ini diikuti  acara penyerahan bendera kepada kumpulan Penaik Jalur Gemilang oleh Pengerusi Ekuestrian Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kol Norazrin Shamsudin. Acara kemudian diteruskan dengan menaikkan Jalur Gemilang.

–BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Jeffrey lepaskan jawatan di Persekutuan, fokus Sabah

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Menteri Sabah yang baru diangkat, Datuk Dr Jeffrey Kitingan memilih untuk melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya...

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Kota Kinabalu - Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

Bung Moktar Dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah (1)

KOTA KINABALU: Pengerusi Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah, YB Datuk Sri Bung Moktar Radin dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah 1. Majlis mengangkat...