Nilai Seekor Kambing Ini Sangat ‘Meruntun Jiwa’

- Advertisement -

SCOTLAND: Seekor kambing, dijual dengan harga 350,000 guineas – atau sekitar $490,000 (RM 2.41 juta) – pada lelongan di Scotland minggu ini.

Adalah biasa untuk ternakan dijual dalam matawang guineas untuk lelongan di United Kingdom, dan satu guinea diterjemahkan menjadi sekitar $1.40 dolar Amerika (RM 5.83).

Anak kambing bernama Double Diamond itu, telah muncul sebelum penjualan Texel National Scottish di Lanark dimulakan, menurut siaran berita dari Texel Sheep Society.

Bidaan bermula pada 10000 guineas (sekitar $ 13,000 – RM54,188). Peningkatan bidaan dari pihak yang berminat bagaimanapun, menaikkan harga kambing tersebut sehinggalah bidaan ditutup.

Semasa penutupan, kambing tersebut dijual kepada 3 ladang penternakan.

“Sama seperti perniagaan lain – kuda lumba atau perniagaan lembu,” kata Jeff Aiken, salah seorang pembida yang menang, kepada The Guardian.

“Sesekali ada sesuatu yang istimewa dan kemarin muncul bakal Texel yang istimewa. Semua orang mahukan sebahagian dari itu.”

Kambing Texel berasal dari Belanda dan menjadi kegemaran tukang daging, menurut Texel Sheep Society.

Rekod sebelumnya untuk satu ekor kambing adalah 230,000 pound – lebih dari $307,000 (RM 1.27 juta) – untuk seekor kambing bernama Deveronvale Perfection pada tahun 2009.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat