Berikutan Wabak Covid-19, KFC Gantung Slogan Berusia 64 Tahunnya

- Advertisement -

NEW YORK: Kentucky Fried Chicken (KFC) menggantung slogan ikonik “Sehingga menjilat jari” (Finger Licking Good) syarikat tersebut bagi menyokong usaha ke arah membasmi wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia.

Syarikat tersebut dalam satu kenyataan berkata, slogan itu “bukan satu idea yang baik pada waktu seperti ini”.

Beberapa bulan setelah pegawai kesihatan mengesyorkan agar semua orang menghentikan tabiat menyentuh wajah mereka untuk membantu menghentikan penyebaran coronavirus, KFC berkata bahawa slogan berusia 64 tahun itu “tidak sesuai.”

“Kami berada dalam situasi yang unik – mempunyai slogan ikonik yang tidak begitu sesuai dengan persekitaran semasa,” kata Catherine Tan-Gillespie, ketua pegawai pemasaran global di KFC dalam satu kenyataan.

Menu bagaimanapun tidak berubah dan syarikat berkata slogan itu akan kembali digunakan ketika “waktunya tepat.”

Yang jelas, pengumuman pada hari Isnin itu adalah juga satu bentuk kempen pemasaran.

Ia bijak, mungkin, tapi dengan niat baik dimasukkan ke dalamnya … bagaimanapun, nilai pemasaran itu tetap ada.

Bagi menyokong usaha tersebut, KFC telah mula mengaburkan slogan berkenaan yang tertera di semua medium pengiklanan miliknya, termasuk papan tanda fizikal dan di media sosial seperti Youtube – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat