Hampir 2,000 Rakyat Malaysia Terkandas Di Thailand Berjaya Dibawa Pulang

Bung, Salleh dan Hajiji Antara Calon Ketua Menteri Sabah

Kota Kinabalu - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sedang mengadakan perbincangan bagi memutuskan calon ketua menteri bagi menerajui negeri Sabah. Ia ekoran kemenangan gabungan Barisan Nasional...

PRN Sabah: Nasib Berbeza Ketua-Ketua Parti

KOTA KINABALU - Percaturan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman tidak menjadi apabila gagal meraih kemenangan di DUN Bongawan. Bagaimanapun dua lagi...

PRN Sabah: Warisan Tumbang

Kota Kinabalu - Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan bekas ketua menteri, Datuk Seri Shafie Afdal tumbang setelah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya memperolehi 37...

GRS Perlukan 9 Kerusi Lagi Untuk Bentuk Kerajaan Negeri Sabah

KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di laporkan telah memperolehi 28 kerusi dan memerlukan hanya 9 kerusi lagi bagi membentuk kerajaan negeri. Menurut keputusan...

Presiden UPKO Tewas Di DUN Kiulu

KOTA KINABALU - Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu pada Pilihan Raya...

BANGKOK – Kerajaan Malaysia telah membantu hampir 2,000 rakyat Malaysia yang terkandas di Thailand pulang ke tanah air menerusi jalan darat, udara dan laut sejak pintu masuk negara di sempadan Malaysia-Thailand ditutup pada 3 April lepas.

Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel berkata hubungan rapat antara pemimpin kedua-dua negara telah memudahkan usaha kedutaan membantu rakyat Malaysia untuk pulang ke tanah air, dan sehingga kini 1,965 warganegara Malaysia telah diberikan kebenaran khas untuk melintasi sempadan dan selamat pulang ke Malaysia.

“Dianggarkan kira-kira 50 hingga 80 lagi rakyat Malaysia mahu pulang ke Malaysia melalui jalan darat,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menghadiri majlis sambutan Hari Kemerdekaan di kedutaan di sini hari ini.

Beliau berkata bagi rakyat Malaysia yang mahu pulang ke tanahair, permohonan akan dikemukakan kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, kemudian ke Kementerian Luar dan Kementerian Dalam Negeri Thailand serta pejabat gabenor di lima wilayah di mana pintu sempadan akan dibuka, dan menurutnya proses membawa mereka pulang ke tanah air akan mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 hari.

“Selepas mendapat kebenaran, rakyat Malaysia hanya dibenarkan merentas sempadan untuk pulang ke tanah air,” katanya.

Jojie berkata kini terdapat penerbangan khas pada setiap hari Rabu bagi membolehkan rakyat Malaysia pulang ke tanah air.

Sejak 3 April lepas, Thailand menyekat penerbangan komersial antarabangsa sebagai salah satu usaha bagi membendung penularan COVID-19, dan mulai 1 Julai, 11 kumpulan penumpang termasuk pemastautin tetap, pasangan dan anak kepada pemegang pas kerja, warga asing yang berkahwin dengan rakyat Thai dan warga asing yang ingin mendapatkan rawatan di negara itu, dibenarkan masuk. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

GRS Perlukan 9 Kerusi Lagi Untuk Bentuk Kerajaan Negeri Sabah

KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di laporkan telah memperolehi 28 kerusi dan memerlukan hanya 9 kerusi lagi bagi membentuk kerajaan negeri. Menurut keputusan...

Individu Pulang Dari Sabah Akan Disaring Bermula Esok – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Semua individu yang tiba dari Sabah akan disaring di pintu masuk domestik dan antarabangsa, bermula esok hingga 10 Oktober depan. Ia susulan peningkatan...

PRN Sabah: Polis Halau Lebih 100 Individu Disyaki Miliki Dua Kerakyatan

PAPAR - Lebih 100 individu disyaki memiliki dua kerakyatan yang cuba pulang untuk mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) dihalau keluar daripada memasuki perairan...