Satu Kes Kematian Covid-19 Hari ini, Enam Jangkitan Baru – KKM

- Advertisement -

Satu lagi kes kematian Covid-19 dicatatkan hari ini sekali gus menjadikan sebanyak 127 kes kematian di negara ini.

Sebanyak enam kes baharu jangkitan Covid-19 turut dilaporkan sehingga 12 tengah hari ini sekali gus merekodkan 9,340 kes positif keseluruhan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian ke-127 (kes ke-9124) membabitkan lelaki warganegara Malaysia berusia 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Beliau adalah antara satu kes positif yang dilaporkan pada 13 Ogos dalam Kluster Tawar.

“Mangsa mula mengalami gejala batuk sejak 11 Ogos dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah pada 13 Ogos 2020 selepas didapati positif Covid-19.

“Keadaan kesihatannya merosot dan memerlukan bantuan pernafasan sejak 19 Ogos lalu sebelum disahkan meninggal dunia pada 30 Ogos 2020, 10.35 malam,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada enam kes baharu yang dilaporkan, empat kes adalah import yang mendapat jangkitan di Singapura membabitkan dua warganegara Malaysia dan dua lagi bukan warganegara.

“Dua kes penularan dalam negara membabitkan warganegara Malaysia di Kedah masing-masing satu kes Kluster Tawar dan Telaga.

“Sehingga kini, terdapat enam kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Menurutnya, terdapat enam kes yang pulih Covid-19 pada hari ini.

“Jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya Covid-19 adalah sebanyak 9,054 kes (96.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat