Rakyat Malaysia pikul amanah besar kekal kedaulatan, kemerdekaan negara -PM

Drama Pemilihan Ketua Menteri Sabah Belum Tamat

KOTA KINABALU - Konflik pemilihan Ketua Menteri Besar Sabah masih belum terjawab meskipun pimpinan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) telah mengadap Yang Dipertua Negeri Tun,...

Mahathir Kecewa Warisan Kalah, Tetap Namakan Shafie Apdal Calon PM

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewa dengan kekalahan Warisan dan sekutunya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam. Dr...

Zahid Hamidi Rasa UMNO Dikhianati – Sumber

Kuala Lumpur — Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memberi amaran kepada wakil-wakil BN dalam perundingan iaitu Datuk Seri Bung Moktar Radin,...

Bung Mengadap TYT Petang Ini

Kota Kinabalu - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar akan mengadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin petang. Perkara itu dimaklumkan oleh...

Ketua Menteri Sabah Daripada BN?

KOTA KINABALU- Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meninggalkan meja rundingan sebelum selesai perbincangan siapa Ketua Menteri Sabah. Hajiji berkata, perbincangan telah selesai dan...

KUALA LUMPUR:  Mengekalkan kemerdekaan, kedaulatan serta keamanan negara sejak 63 tahun lepas merupakan amanah besar yang perlu dipikul oleh seluruh rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata sepertimana yang disebut oleh Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman dalam pemasyhuran kemerdekaan pada 1957, negara hendaklah kekal merdeka dan berdaulat, dan seluruh rakyatnya aman, sejahtera selama-lamanya.

“Inilah amanah besar yang mesti dipikul oleh saya dan saudara-saudari semua. Kita mesti kekalkan kemerdekaan negara kita. Kita mesti pertahankan kedaulatan negara kita.

“Kita mesti pelihara keamanan negara kita. Kita mesti tegakkan keadilan dan pelihara kebebasan rakyat. Kita mesti pastikan seluruh warga tanah air tercinta ini sejahtera dan sentosa selama-lamanya,” katanya dalam perutusan khas Hari Kebangsaan ke-63 yang disiarkan di semua platform RTM, Bernama TV, TV3 dan Astro Awani malam ini.

Perdana Menteri berkata walaupun Malaysia telah menempa kejayaan dan kemajuan sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta memiliki perpaduan kaum yang utuh, namun terdapat cabaran perlu dihadapi terutamanya dalam usaha menjadi negara maju.

Beliau menekankan bahawa negara perlu terus dibangunkan menjadi sebuah negara maju dan hasil kemajuannya dapat dinikmati oleh seluruh rakyat secara nyata.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata kemajuan yang dimaksudkan bukan hanya dari segi angka-angka pertumbuhan ekonomi, indeks bursa saham, jumlah pelaburan langsung asing dan domestik, tetapi sumber pendapatan dan kualiti hidup setiap rakyat.

“Angka-angka pertumbuhan ekonomi hanya akan bermakna apabila saudara-saudari mempunyai sumber pendapatan mencukupi, kediaman yang selesa, pendidikan sempurna, kesihatan baik, alam sekitar yang lestari dan keselamatan sentiasa terpelihara untuk menjalani kehidupan bahagia dan sejahtera.

“Dari sebuah negara yang mundur suatu ketika dahulu, kita telah menjadi sebuah negara yang maju dalam pelbagai bidang. Kita juga bersyukur negara kekal aman dengan perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama,” katanya.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Drama Pemilihan Ketua Menteri Sabah Belum Tamat

KOTA KINABALU - Konflik pemilihan Ketua Menteri Besar Sabah masih belum terjawab meskipun pimpinan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) telah mengadap Yang Dipertua Negeri Tun,...

Zahid Hamidi Rasa UMNO Dikhianati – Sumber

Kuala Lumpur — Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memberi amaran kepada wakil-wakil BN dalam perundingan iaitu Datuk Seri Bung Moktar Radin,...

Bung Mengadap TYT Petang Ini

Kota Kinabalu - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar akan mengadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin petang. Perkara itu dimaklumkan oleh...