Sisters in Islam hormat titah Sultan Selangor gugur perkataan Islam, kini guna SIS Forum

KUALA LUMPUR – Kumpulan hak wanita, Sisters in Islam (SIS) telah menggugurkan perkataan ‘Islam’ daripada nama yang digunakan secara umum susulan nasihat Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengarah Eksekutif SIS Rozana Isa berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat agung luar biasa pada 11 Julai lalu, dan kini akan menggunakan nama berdaftarnya, SIS Forum (Malaysia).

“Walaupun kami menggugurkan perkataan ‘Islam’ daripada nama pena kami, kami tetap teguh dalam komitmen memperjuangkan kesaksamaan jantina dan keadilan dalam undang-undang keluarga Islam

“Akhirnya, yang paling penting adalah usaha kami untuk wanita Islam dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Pada 19 Jun, Sultan Sharafuddin menggesa SIS Forum Malaysia berhenti menggunakan perkataan ‘Sisters in Islam’ ke atas sebarang bentuk penerbitan di platform dikaitkan dengan syarikat mereka.

Tindakan itu susulan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa fatwa tidak boleh dikenakan terhadap sesebuah organisasi seperti SIS kerana entiti itu tidak boleh ‘mengakui’ sesuatu agama.

Rozana berharap keputusan itu akan menamatkan pertikaian yang telah lama berlarutan berkaitan nama kumpulan itu dan membolehkannya terus bekerjasama ‘dengan semua pihak secara berhemah’.

Beliau berkata SIS Forum akan terus bekerjasama dengan sarjana, pemimpin komuniti dan institusi bagi memastikan tiada wanita yang tercicir dalam usaha menuntut keadilan.

“Wanita itu setara di sisi Tuhan. Maka, sewajarnya mereka juga dilihat dan dilayan sebagai setara di sisi manusia,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat