BN Bukan Sekadar Beri Pancing, Tapi Juga Tempat Memancing – Salleh Said Keruak

KOTA KINABALU,

Barisan Nasional akan membawa pendekatan ekonomi yang lebih inklusif kepada rakyat sekiranya menerujui kerajaan negeri selepas pilihan raya akan datang.

‘BN bukan sahaja akan beri pancing, tetapi juga tempat sesuai untuk memancing, demikian isyarat, Pengarah Operasi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Said Keruak dalam satu kenyataan yang menyentuh hala tuju politik negeri menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang kian hampir.

Salleh mengingatkan bahawa rakyat Sabah hari ini mahu pembangunan yang boleh dirasai, bukan sekadar angka atas kertas.

“Rakyat Sabah hari ini mahukan pembangunan yang benar-benar boleh dirasai. Bukan sekadar angka atas kertas, tetapi perubahan yang menyentuh kehidupan seharian jalan raya yang lebih baik, peluang pekerjaan yang wujud, dan kemudahan asas yang menyeluruh.

Rakyat juga tidak hanya mahu diberi pancing. Mereka mahu tahu di mana letaknya ikan, bagaimana mencarinya, dan bagaimana menggunakan teknologi untuk meningkatkan hasil. Yang mereka cari ialah kemajuan yang terbukti dan masa depan yang diyakini,” tulis Salleh dalam hantaran akaun Facebooknya.

Dalam tulisan itu Salleh turut menyatakan bahawa terdapat tiga pendekatan utama dalam politik Sabah hari ini iaitu satunya, gabungan parti-parti tempatan sahaja. Kedua, parti nasional yang tidak melibatkan parti tempatan; dan pendekatan ketiga kerjasama antara parti nasional dan tempatan.

Beliau percaya pendekatan ketiga merupakan pilihan paling stabil dan berdaya tahan kerana ia menggabungkan kekuatan akar umbi dengan kelebihan jaringan di peringkat nasional.

Beliau turut menyentuh soal hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), yang menurutnya perlu diperjuangkan secara bijaksana.

Katanya, meskipun rundingan mungkin kelihatan perlahan, ia telah mula menunjukkan hasil sebenar jauh lebih berkesan daripada pendekatan konfrontasi dan retorik keras yang tidak membuahkan hasil jangka panjang.

“Perjuangan hak Sabah bukan milik mana-mana parti politik. Ini adalah hak semua rakyat. Dan perjuangan sebenar bukan siapa paling lantang, tetapi siapa yang bawa hasil,” tegasnya.

Kenyataan beliau muncul di tengah-tengah persaingan sengit kempen parti lokal versus parti Malaya yang telah meniupkan sentimen kenegerian serius dalam kalangan pengundi.

“Yang paling penting ialah memilih pendekatan yang memberi kesan nyata memperkukuh institusi, mempertahankan hak negeri, dan membawa perubahan jangka panjang,” tambah Salleh lagi.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat