BERSIH selar SPRM berhubung isu Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyelar reaksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pengumuman peruntukan kepada Majlis Belia Terengganu oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Memetik FMT, tegas Pengerusi BERSIH,Thomas Fann, reaksi SPRM berhubung isu Zahid itu ‘tidak betul’.

Menurutnya lagi, Zahid melanggar prinsip pilihan raya yang adil.

Katanya lagi, pengumuman itu jelas tindakan yang tidak adil apabila kerajaan menggunakan sumbernya di negeri yang mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

BERSIH tidak mengharapkan SPRM “untuk mewujudkan garis panduan yang tidak mengikat secara sah” dalam keadaan sedemikian.

“Apabila parti dan ahli politik melanggar sebarang bentuk garis panduan pilihan raya yang bebas dan adil, satu-satunya jalan penyelesaiannya adalah pengundi yang menilai penyalahgunaan sumber negeri untuk kempen di peti undi,” katanya.

Pengumuman sehari sebelum penamaan calon PRN itu, dipersoalkan pelbagai pihak memandangkan ia diberikan ketika menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Pengumuman tersebut mendapat reaksi negatif pelbagai pihak termasuk 19 calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Pas dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Pengumuman Ahmad Zahid tersebut didakwa mempunyai unsur ‘sogokan’ dalam ceramah politiknya di Terengganu pada Jumaat.

Mengulas tindakan Ahmad Zahid itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki

menyifatkan tindakan pemberian geran bernilai RM350,000 oleh kerajaan kepada belia Terengganu adalah tidak menyalahi undang-undang atau berunsur rasuah.

Beliau berkata, sebagai kerajaan yang memerintah, ia berhak memberi inisiatif yang difikirkan wajar kepada rakyat.

Beliau mendakwa jika peruntukan itu diluluskan kerajaan Persekutuan, maka “tiada unsur rasuah.”

Terdahulu, Thomas memberi amaran kepada ahli politik tidak menaburkan janji dengan memberikan bantuan dalam kempen pilihan raya.

Beliau juga mengingatkan pengundi mengenai keputusan keputusan Mahkamah Pilihan Raya bulan lalu yang membatalkan kemenangan PAS di Parlimen Kuala Terengganu kerana terbabit dengan pembelian undi.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat