Juwairiya Berpotensi Besar Tumbangkan Azmin Di Hulu Klang.

- Advertisement -

Oleh: Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff

Melihat perkembangan politik di Selangor, penulis beranggapan bahawa keputusan PRN-15 pada kali ini akan tetap berpihak kepada Pakatan Harapan sungguhpun berhadapan dengan tentangan hebat oleh Perikatan Nasional di semua kawasan Dewan Undangan Negeri.

Terdapat beberapa pertembungan menarik yang bakal disaksikan pada PRN kali ini antaranya perebutan kerusi DUN Hulu Klang yang memperlihatkan kedua-dua PN dan PH meletakkan calon bukan penyandang untuk merebut kerusi tersebut.

Calon Perikatan Nasional Datuk Seri Azmin Ali yang telahpun kecundang dalam PRU-15 untuk mengekalkan kerusi Parlimen Gombak, kini telah meninggalkan kawasan DUN Bukit Antarabangsa yang dimenangi oleh beliau pada PRU-14, untuk mencuba nasib di DUN Hulu Klang dengan harapan karier politik dapat dihidupkan semula setelah terpalit dengan pelbagai kontroversi peribadi yang berlaku beberapa tahun lepas.

(*Nota: Sebelum ini Azmin Ali pernah menyandang kerusi DUN Hulu Klang pada tahun 1999)

Bekas Menteri Besar Selangor yang dilahirkan di Singapura itu mungkin beranggapan bahawa beliau mempunyai kelebihan (advantage) kerana beliau dibesarkan di Kampung Klang Gate, sebuah kawasan di Hulu Klang, sehingga menjadikan rumah pusaka arwah ibu bapa beliau sebagai bilik gerakan utama pada PRN kali ini.

Namun begitu, keterujaan Azmin Ali untuk bertanding di kerusi yang dianggap “selamat” ini dilihat akan direncatkan oleh calon Pakatan Harapan dari Keadilan iaitu Juwairiya Zulkifli yang sebelum ini menyandang kerusi DUN Bukit Melawati.

Sungguhpun Juwairiya Zulkifli bukanlah satu nama yang popular di arena politik persekutuan, penglibatan politikus wanita itu ternyata menyerlah di Negeri Selangor, terutamanya di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Amirudin Shari.

Semasa menjawat jawatan sebagai Adun Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli diberi kepercayaan untuk menjadi Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Selangor untuk menggantikan Borhan Aman Shah yang diangkat menjadi Exco Negeri Selangor apabila berlakunya peralihan kuasa di peringkat kerajaan persekutuan pasca “Langkah Sheraton”.

Tidak seperti Azmin Ali yang mungkin terlalu sibuk dengan isu nasional dan juga kontroversi peribadi, Juwairiya lebih memberikan fokus kepada khidmat komuniti dan penyelesaian masalah awam untuk penduduk setempat di sekitar Selangor.

Lebih mementingkan pendekatan “turun padang”, Juwairiya dilihat lebih selesa untuk berhadapan dan berbincang secara terus dengan masyarakat tempatan berbanding Azmin Ali yang lebih cenderung menghantar wakil untuk bertemu dengan penduduk setempat.

Tindakan Azmin Ali yang dilihat tidak begitu “mesra” dengan penduduk ini telahpun dibalas di atas kertas undi dengan kekalahan beliau di Parlimen Gombak pada tahun lepas dan perkara yang sama dijangka akan terus berlaku di DUN Hulu Klang di dalam PRN akan datang.

Kelebihan memihak kepada Juwairiya kerana di kawasan DUN Hulu Klang Azmin Ali mengalami kesukaran untuk memperoleh sokongan dari kalangan golongan muda dan mereka yang datang dari kumpulan M40/T20 sehingga menyebabkan kekalahan teruk di peti undi kawasan seperti Taman Melawati.

Di sini kita dapat melihat Keadilan dengan meletakkan calon yang mempunyai track record baik dan bersih mampu untuk memberikan tentangan yang hebat kepada Azmin sekaligus berkemungkinan besar memastikan kerusi tersebut kekal dibawah Pakatan Harapan.

Walaubagaimanapun, keputusan DUN Hulu Klang bergantung kepada pilihan para pengundi di kawasan tersebut.

Sama ada mereka mahukan seorang calon yang bersih dan cekap seperti Juwairiya, ataupun seorang politikus lapuk seperti Azmin, perkara ini terserah ditangan para pengundi.

Namun begitu, tatkala tempoh kempen baru sahaja berlangsung, penulis melihat, Pakatan Harapan berpeluang besar untuk mengekalkan pengaruh mereka di Negeri Selangor dan meneruskan kecemerlangan pentadbiran kerajaan negeri.

#######

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat