Cabar Syarat Tulisan Jawi Adalah Tindakan Biadap – Pemuda UMNO Pahang

- Advertisement -

RAUB: ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Pahang Fadzli Mohamad Kamal menyifatkan tindakan Adun Tras dari DAP, Chow Yu Hui, memfailkan permohonan mahkamah mencabar ketetapan Kerajaan Negeri Pahang bagi mewajibkan penggunaan tulisan jawi di papan tanda dan iklan di premis perniagaan di Pahang sebagai tindakan biadap.

“Yu Hui juga menuduh kerajaan negeri Pahang dibawah kepimpinan YAB Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail memaksa pemilik perniagaan, NGO atau mana-mana pihak melaksanakan dasar penggunaan tulisan jawi tersebut.

Dalam kenyataan Yu Hui, dia secara lantang menyatakan pelaksanaan tulisan jawi harus dilakukan menerusi galakan dan secara sukarela, bukannya secara paksaan, kata Fadzli.

“Yu Hui telah mencabar titah Yang Di Pertuan Agung Al-Sultan Abdullah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah agar tulisan jawi diguna dan diperluaskan seperti di papan tanda jalan, premis perniagaan dan perumahan diseluruh negeri Pahang. Ini sebagai langkah untuk memertabatkan tulisan jawi yang semakin dipinggirkan, katanya lagi.

Yu Hui dari parti DAP sungguh biadap dan kurang ajar, dia ketandusan isu untuk dibangkitkan kerana Pahang dibawah pentadbiran Dato Sri Wan Rosdy mengurus negeri dengan begitu baik sekali.

Saya cabar Ahli Parlimen Dap Raub, YB Tengku Zulpuri dan ADUN Dap Ketari, YB Young Syefura Othman menyatakan pendirian berhubung isu ini. Adakah mereka setuju dengan tindakan Chow Yu Hui? “, soalnya.

Kebanyakkan pemilik premis perniagaan di seluruh Pahang termasuk bukan melayu sudahpun melaksanakan arahan kerajaan negeri dan menggunakan tulisan jawi di papan tanda premis mereka sejak awal tahun lepas, katanya.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat