Tebus buku hari ini melalui aplikasi DELIMa – KPM

- Advertisement -

PUTRAJAYA — Pemberian baucar buku yang melibatkan murid dan pelajar institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) akan disalurkan bermula jam 2 petang hari ini.

KPM dalam satu kenyataan hari ini berkata baucar tersebut boleh di dapati menerusi aplikasi Inisiatif Pembelajaran Pendidikan Digital Malaysia (DELIMa).

“KPM menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman pemberian baucar buku RM50 kepada murid Tahun 4 hingga Tahun 6 dan RM100 kepada murid sekolah menengah, penuntut di institusi pendidikan tinggi dan pelajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM),” katanya.

KPM berkata pengumuman Perdana Menteri itu mencerminkan keperihatinan beliau terhadap kepentingan menyemai minat membaca dalam kalangan generasi muda.

“Ia juga bertepatan dengan usaha berterusan KPM untuk mempertingkatkan budaya membaca dalam kalangan murid/pelajar menerusi penganjuran pelbagai program galakan di setiap peringkat,” katanya.

KPM menambah, kaedah penebusan baucar adalah dengan cara log masuk aplikasi DELIMa menggunakan id/password DELIMa dan klik ikon Kota Buku Digital.

Seterusnya KPM menjelaskan, murid atau pelajar perlu mendaftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipapar di akaun masing-masing.

“Murid atau pelajar kemudiannya boleh memilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada terutamanya daripada Judul Cadangan Madani.

“Setelah selesai memilih, murid atau pelajar boleh daftar keluar (checkout) dan memilih pilihan bayaran kredit e-kedai (e-store credit).

“Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan dan proses selesai,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat