Penggiat industri kreatif anjur forum antirasuah esok, tingkat integriti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Perfileman Malaysia (GAFEMA) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menganjurkan Forum Antirasuah bersama Penggiat Industri Kreatif Negara di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) pada 1 Jun 2024 jam 9 pagi hingga 2 petang.

Presiden PFM, Pansha berkata, program yang julung-julung kali diadakan itu bertujuan meningkatkan kefahaman berkaitan fungsi dan bidang kuasa SPRM dalam industri penerbitan filem khususnya dalam mengendalikan geran dan pengagihan Dana Kandungan Digital (DKD).

“Program ini yang disasarkan kepada golongan pengurusan dan urus tadbir dalam industri penerbitan filem diharap dapat memberi kesedaran tentang kesan jenayah rasuah dalam industri penerbitan filem berfokus kepada kronisme dan hubungan jaringan.

“Kami juga berharap untuk mendapatkan sokongan penggiat industri agar dapat menjadi mata dan telinga dalam menyalurkan maklumat berkaitan rasuah. Selain itu, kami ingin menanam sifat tanggungjawab dalam kalangan masyarakat bahawa pembanterasan jenayah rasuah adalah tanggungjawab bersama,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pansha yang juga Presiden GAFEMA memaklumkan, forum itu akan merangka strategi tindakan yang lebih fokus supaya penguatkuasaan undang-undang dapat memberikan hasil dan impak kepada masyarakat terutamanya membabitkan kes dalam ketirisan dana kerajaan atau dana orang awam.

“Program dibahagikan kepada dua sesi. Pertama, Sesi Interaktif bersama SPRM yang akan menyentuh mengenai gejala rasuah dan kesan terhadap negara. Kami juga akan mengupas Seksyen 17A Akta SPRM serta beban pencegahan rasuah ke atas organisasi komersial dan pengurusannya, juga insentif potongan cukai bagi penganjuran aktiviti antirasuah.

“Manakala sesi kedua iaitu sesi forum antirasuah bersama SPRM dan FINAS akan menumpukan kepada isu geran dan bantuan industri kreatif sebagai amanah dan duit rakyat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat