HONOR Magic6 Pro Cloud Purple Kini Tersedia di Seluruh Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2024 – HONOR Magic6 Pro dalam warna lavender lembut Cloud Purple dambaan ramai mula dijual di seluruh negara hari ini! Telefon pintar edisi terhad ini mempunyai RAM 12GB dan storan 512GB pada harga RM4,499. HONOR Magic6 Pro juga didatangkan dalam dua warna menarik iaitu Epi Green dan Black.

Magic Seasonal Specials

Untuk meraikan keluaran terhad Magic ini, HONOR melanngsungkan promosi Magic Seasonal Specials untuk Siri HONOR Magic termasuk Cloud Purple. Beli HONOR Magic6 Pro dan dapatkan jam tangan pintar HONOR CHOICE Watch percuma berserta hadiah fon putik telinga HONOR Earbuds X6, Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 Hari dan Waranti Lanjutan 1 Tahun yang bernilai sehingga RM1,696! Selain itu, HONOR Magic V2 juga diberikan rebat segera RM800 dan hadiah percuma bernilai RM1,748. Jangan lepaskan peluang kerana promosi ini berakhir pada 30 Jun!

Kemas Kini Baharu MagicOS 8.0 untuk HONOR Magic6 Pro

Sementara itu, HONOR telah mengeluarkan kemas kini MagicOS 8.0 baharu untuk HONOR Magic6 Pro. Kemas kini ini menyediakan aplikasi baharu dalam Magic Portal dan beberapa ciri baharu berguna untuk kegunaan harian pengguna. Sebagai sebahagian daripada MagicOS 8.0, ciri Magic Portal kini menyokong 100 aplikasi teratas merentas tujuh senario termasuk melancong, produktiviti, mesej, carian, hiburan, beli-belah dan media sosial. Interaksi Magic Portal serasi dengan aplikasi seperti LINE, WhatsApp, aplikasi suite Google, Instagram, Facebook, YouTube, TikTok, Taobao, ebay dan banyak lagi.

Lebih Banyak Peranti Bakal Terima Kemas Kini Perisian MagicOS 8.0 Baharu

HONOR hari ini turut mengumumkan MagicOS 8.0 baharu untuk Siri HONOR Magic. Mulai hari ini, pengguna HONOR Magic V2, PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR dan HONOR Magic5 Pro boleh memuat turun kemas kini ini dari menu Settings.

Berdasarkan Android 14, MagicOS 8.0 membawakan antara muka pengguna berasaskan niat (IUI) yang dikuasakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan ciri seperti Magic Portal, Magic Capsule dan Smart Folder. Ia juga membawakan pelbagai jenis antara muka pengguna, prestasi, privasi dan peningkatan kecekapan bateri seperti mod penjimatan kuasa Ultra Power Saving Mode yang terbaharu kepada telefon flagship. Ini dapat memperkasakan pengguna dengan produktiviti lebih baik dan menawarkan lebih banyak kemudahan menerusi AI pada peranti. 

Siri HONOR Magic mengutamakan privasi pengguna dengan memastikan data peribadi diproses dengan selamat pada peranti. MagicOS 8.0 memperkenalkan Blur Private Info, ciri baharu dalam Share menu bagi pengguna menyusun maklumat sensitif seperti nama, kata laluan dan butiran panggilan dengan mudah dari ditangkap pada imej.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook rasmi HONOR Malaysia atau laman web rasmi HONOR di https://www.honor.com/my/ 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat