Raikan Hari Bapa dengan pengalaman Gastronomi di Resorts World Genting

- Advertisement -

Sempena sambutan Hari Bapa yang bakal tiba pada bulan Jun ini, apa kata anda membuat kejutan kepada wira dalam hidup anda dan seisi keluarga pada hujung minggu di Resorts World Genting dengan pengalaman gastronomi yang pasti tidak dapat dilupakan.

Jadikanlah momen ini sebagai ungkapan kasih sayang dan penghargaan yang tulus kepada bapa anda, sambil mencipta kenangan manis bersama keluarga tercinta.

Temui pelbagai pilihan tempat makan di Resorts World Genting yang mampu memuaskan hati penggemar makanan walaupun bagi mereka yang paling cerewet!  Untuk bapa yang suka makanan kasual secara santai dan menyukai hidangan makanan laut lepas yang segar, tempahlah hidangan mewah yang terdiri daripada ketam Kanada yang lembut, gulungan cili yang lazat, dan burger daging dari lembu matang yang dipotong secara sempurna.

Burger & Lobster di SkyAvenue Mall menawarkan set menu lazat  untuk 2 orang dengan harga RM500 dan 2 hingga 4 orang dengan harga RM1000.  Terdapat juga ais krim sundae sebagai pencuci mulut dari 1 hingga 30 Jun 2024.  Bermula dari jam 12 tengah hari hingga 10 malam, pada setiap hari Isnin hingga Khamis. 12 tengah hari hingga 11 malam pada setiap hari Jumaat.  11 pagi hingga 11 malam pada setiap hari Sabtu dan dari 11 pagi hingga 10 malam dan pada setiap hari Ahad.

Untuk bapa-bapa yang gemar dengan muzik secara langsung, hidangan krustasia yang memikat selera, dan makan di luar dengan angin sejuk serta pemandangan yang indah, datanglah ke Highline Rooftop Market di Aras 4, SkyAvenue Mall. Nikmati Lobster Boston atau tiram segar dari Kanada yang dipadankan dengan nasi goreng dan baldi besar berisi udang rebus, kerang, sotong, dan sayur-sayuran yang direndam dalam sos kam heong atau lada hitam! Menu tetap untuk 4 orang dengan harga RM500 dan 8 orang dengan harga RM1,000 boleh didapati sepanjang bulan dari jam 12 tengah hari hingga 1 pagi pada hari Ahad hingga Khamis dan dari jam 12 tengah hari hingga 3 pagi pada hari Jumaat dan Sabtu.

Kebahagiaan bermula dengan masakan Itali! Nikmatilah sepotong Itali dan rasai daya tarikan masakan Mediterranean dengan Fisto Misto yang menyajikan sotong goreng, udang, dan fillet kod dengan adunan bonito, keju parmesan parut, dan sos pedas; risotto; pizza karaage; dan carbonara ketam yang menyelerakan di II Lago, Aras G, SkyAvenue sempena Hari Bapa! Menawarkan menu tetap yang menyediakan hidangan untuk 2 orang dengan harga RM500 dan RM1000 boleh didapati setiap hari dari jam 11 pagi hingga 11 malam.

Hadiahkanlah sebuah pengalaman yang tak dilupakan untuk bapa anda dengan hidangan yang tiada tandingannya di Wolfgang’s Steakhouse, yang terletak di Level M, SkyAvenue Mall! Setiap penggemar daging pasti akan puas menikmati keseronokan sepotong New York Sirloin atau Porterhouse, termasuk hidangan istimewa seperti lobster bisque, koktel udang jumbo, dan kek keju ala New York. Nikmatilah menu set istimewa untuk dua (2) orang dengan harga RM500 atau set untuk dua (2) hingga empat (4) orang dengan harga RM1000, yang tersedia mulai dari hari Isnin hingga Khamis, dari jam 12 tengah hari hingga 11 malam.

Anda juga boleh bersantai bersama keluarga dengan set hidangan teh petang yang menawarkan pelbagai hidangan lazat, termasuk pai pecan, coklat, scones kismis, buah beri dengan whipped krim, croque monsieur truffle, dan burger klasik, serta menikmati pemandangan panoramik Taman Tema Genting SkyWorlds di Wolfgang’s Steakhouse Lounge. Menu set pada harga RM500 dan RM1000 tersedia dari jam 12 tengah hari hingga 5:30 petang.

Akhir sekali, jika bapa berminat menikmati cita rasa istimewa hidangan ikan dan kentang ala British, tidak perlu mencari selain dari Laughing Fish oleh Harry Ramsden di Aras 4, SkyAvenue. Terdapat menu set yang telah dikurasi khas untuk pengunjung yang makan sedikit, termasuk sotong goreng, sepotong ikan kod kecil dengan sos istimewa, brownies coklat, dan minuman limau khas, semuanya ditawarkan dengan harga RM90 setiap orang. Bagi mereka yang ingin berkongsi, set yang lebih besar untuk dua (2) orang juga tersedia, termasuk koktel udang, potongan kod yang dibalut tepung, dua (2) set ikan kod, dan pelbagai lagi, bermula dari harga RM500.

Sentuhan pastri yang memikat hari anda!

Makanan manis atau dessert merupakan hidangan yang sering dinanti-nantikan dalam sambutan bersama keluarga! Manjakan bapa anda dengan merasai kek-kek yang lazat seperti Markisa Cheese, Chocolate Toffee, Tiramisu Baileys, Cherry Kirsch, dan pelbagai lagi, hanya di The Bakery, Genting Grand pada harga RM108. Kek-kek ini hanya tersedia mulai 14 Jun hingga 16 Jun, dari jam 7 pagi hingga 11 malam. Setiap suapannya memberikan sensasi lembut seperti awan di dalam mulut anda! 

Untuk maklumat lanjut tentang promosi kami, lawati rwgenting.com atau saluran media sosial rasmi kami.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat