Segerakan projek pembangunan untuk gerakkan ekonomi – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta kementerian-kementerian mempercepatkan projek pembangunan.

Gesaan Perdana Menteri itu disuarakan dalam
Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negara pagi tadi.

“Saya meminta kementerian-kementerian mempercepatkan projek pembangunan.

“Projek-projek pembangunan amat penting kerana ia memberikan kesan berganda khususnya untuk menggerakkan ekonomi akar umbi,” kata Perdana Menteri.

Di bawah Bajet 2022, Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM40.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan asas, kata Ismail Sabri.

“Dalam masa yang sama, Kerajaan memberikan perhatian serius kepada kenaikan harga bahan binaan.

“Intervensi segera akan diambil oleh agensi-agensi terbabit bagi mengawal kenaikan harga bahan binaan kerana ia memberi kesan kepada projek-projek pembangunan,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat