DAP sangkal sokong Muhyiddin jadi PM semula

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nampaknya impian besar Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kembali menjadi Perdana Menteri ‘dicantas’ apabila DAP menyangkal parti itu menyokong Presiden Bersatu itu.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sebaliknya secara sinis menyatakan sekiranya benar Muhyiddin disokong DAP malah cukup majoriti tentunya Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

“Kalau betul, dia (Muhyiddin) dah patut dah angkat sumpah jadi PM kan?

“Jadi itu tentulah tidak betul.

“Kamu fikir DAP akan sokong Muhyiddin ke?” kata Setiausaha Agung DAP itu memetik Malaysiakini.

Ahad lalu, Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal mendakwa Muhyiddin dua bulan lalu memberitahunya mempunyai sokongan 119 anggota parlimen selepas berunding dengan Anthony Loke dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shafie mendakwa Muhyiddin Yassin menghubunginya dua bulan lalu untuk mendapatkan sokongannya untuk menjadi Perdana Menteri semula.

Malah katanya, Muhyiddin memaklumkan bahawa beliau mendapat sokongan 119 ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang mempunyai 222 anggota.

Katanya, Presiden Bersatu tersebut turut mendakwa beliau telah membincangkan perkara itu dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang bersetuju menyokong Muhyiddin.

“Saya beritahu dia (Muhyiddin) jika anda mempunyai nombor, anda teruskan, saya tidak akan mengikut anda,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat