UMNO Kedah Sedih Keakraban UMNO-PAS makin longgar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz berkata seluruh bahagian di negeri berkenaan telah memasuki ‘mood standby’ untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Menurut beliau biarpun tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 masih belum diketahui, namun jentera parti di pelbagai peringkat terutama di bahagian-bahagian termasuklah Jerlun sendiri telah diperkemaskan dengan sebaiknya.

Secara keseluruh kita telah pun mengarahkan bahagian-bahagian di Kedah ini bukan sahaja di Jerlun untuk memperkemaskan balik jentera pilihan raya masing-masing malah kita juga akan menganjurkan beberapa siri kursus untuk portfolio-portfolio tertentu bagi memantapkan lagi gerak kerja pelbagai peringkat.

“Walaupun kita belum tahu bila tarikh sebenar pilihan raya itu, namun di peringkat bahagian-bahagian dan sebagainya kita telah mengarahkan seluruh jentera untuk memastikan mereka sentiasa bersedia,” katanya.

Sementera itu mengulas mengenai kedudukan Mauafakat Nasional (MN) Othman yang juga Ketua UMNO Jerlun berkata terserah kepada pucuk pimpinan untuk membuat sebarang keputusan.

“Saya sentiasa mendukung semangat muafakat dan saya selalu berkata kita orang-orang Melayu tidak mampu untuk berpecah, namun kita sedih juga apabila keakraban yang disemai oleh UMNO dengan Pas sebelum ini mula longgar sejak parti berkenaan masuk ke dalam kerajaan di bawah PN dengan pelbagai kenyataan oleh pimpinan mereka sendiri.

“Jadi pada kami di bawah kita akan akur dengan keputusan pucuk pimpinan termasuklah ‘top five’ dan Perdana Menteri untuk melakarkan sesuatu yang memberi faedah jangka panjang demi agama, bangsa dan negara.

“Kita kena bergerak sederap dengan niat untuk sama-sama memperkuatkan ikatan. Kita praktikkan. Jangan kita praktik hanya untuk ‘convenience’ diri masing-masing… tidak boleh sebab dalam perjuangan kita bukan hanya melihat diri atau parti kita semata-mata,” tambahnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,499FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat