Promosi isirung sawit sebagai makanan haiwan diperhebat – Zuraida

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) meningkatkan usaha mempromosikan penggunaan sisa isirung sawit sebagai makanan haiwan,” kata menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, langkah tersebut bagi memastikan Malaysia mempunyai bekalan ayam yang mapan dalam tempoh jangka panjang.

“Kajian menunjukkan bahawa memberi makan kek isirung sawit (PKC) ditapai dan lemak pemakanan yang tinggi kepada ayam pedaging boleh menggantikan makanan import yang digunakan oleh hampir semua ladang ayam komersial hari ini,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Zuraida memberitahu, ladang kelapa sawit di negara ini menghasilkan bekalan sisa isirung sawit yang banyak.

“Pada masa ini, PKC dieksport untuk industri lembu Eropah,” katanya.

Beliau berkata, kementerian akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan lain untuk mengkaji semula dasar eksport PKC yang akan lebih memihak kepada ayam pedaging tempatan.

“KPPK juga akan bekerjasama dengan agensi berkaitan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kerajaan negeri untuk melihat bagaimana ketersediaan sisa isirung sawit sebagai makanan haiwan untuk industri ayam dapat dilakukan dengan segera,” katanya.

Selain itu, Zuraida berkata, kementerian akan bekerjasama rapat dengan institut penyelidikan seperti universiti awam untuk meningkatkan kualiti PKC bagi menjadikannya pilihan utama penternak ayam.

Dengan semangat Keluarga Malaysia, KPPK akan terus komited untuk memainkan peranan dalam membantu mengurangkan pergantungan Malaysia kepada makanan ternakan yang diimport,” katanya.

Ujarnya, kementerian akan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan memastikan sektor komoditi terus menyumbang secara konsisten kepada pembangunan ekonomi negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat