Malaysia langkah bergaya ke akhir Hoki Piala Asia 2022

- Advertisement -

JAKARTA – Skuad Hoki negara mengulangi pencapaian 2017 melayakkan diri ke akhir Piala Asia dengan menumpaskan Jepun 5-0 sebentar tadi di stadium Hoki Glora Bung Karno dekat sini.

Malaysia mengakhiri persaingan liga satu pusingan separuh akhir Super4s Pool dengan lima mata kini menunggu pemenang siapa lawan skuad negara yang akan ditentukan dalam perlawanan antara Korea Selatan dan India malam ini.

Malaysia sebelum ini dilihat berada dalam keadaan kurang memuaskan apabila hanya mengutip dua mata dari dua perlawanan sebelum ini. Malaysia seri dengan Korea Selatan 2-2 dan seri 3-3 dengan India walaupun mendahului pada awal perlawanan.

Pertemuan Malaysia-Jepun dijangka sengit berikutan pasukan negara matahari terbit itu muncul juara kumpulan A yang megandungi India dan Pakistan

Namun pasukan Malaysia tidak mengulangi kesilapan dua perlawanan sebelum ini dengan menekan pasukan Jepun dari awal permainana sehingga tamat.

Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Shello Silverius (min 14) Aiman Rozie (min 29), Razie Rahim (34,pc), Muhammad Hassan (min 34) dan Ashran Hamsani (min 41).

Format Hoki Piala Asia 2022 akan mengumpulkan dua pasukan terbaik setiap kumpulan ke liga satu pusingan Separuh Akhir (Super4s Pool). Seterusnya dua pasukan teratas dalam liga Super4s Pool akan bertanding di peringkat akhir pada 1 Jun 2022.

Pasukan India dan Korea Selatan kini memungut empat mata boleh menyamai kutipan mata dengan Malaysia sekiranya kedua-dua pasukan seri, namun perbezaan jaringan besar 5 gol telah meletakkan Malaysia sebagai salah satu pasukan dalam perlawanan akhir.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat