Total lockdown masa tepat kerajaan ‘buka pintu seluas-luasnya’ – Khaled

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pelaksanaan total lockdown adalah waktu yang tepat untuk kita memerlukan satu sama lain dalam saat genting ini.

“Ketepikan segala birokrasi dan paculah pelan pemulihan negara ini secara inklusif.

“Ini adalah momen penting. Bukan sekadar ‘kita jaga kita’ tetapi juga ‘bantu sesama kita’, demikian seruan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata demikian sebagai respons selepas kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakan yang ketat demi kelangsungan kehidupan rakyat Malaysia.

Menurut Khaled, pastinya ia sangat sukar terutama sekali kepada ramai orang.

“Saya dapat rasakan kesukaran mereka yang tinggal di rumah pangsa yang sempit dengan jumlah ahli keluarga yang ramai. Apatah lagi kesukaran peniaga kecil, penjaja dan semua mereka yang bergaji hari.

“Tetapi inilah pengorbanan yang harus kita bayar ke arah ‘a better normal’ Malaysia.

“Mewujudkan ‘a better normal’ ini mesti menjadi misi kolektif. Justeru, kerajaan wajar mempertimbangkan mobilisasi kepakaran, idea dan kudrat dari seluruh segmen masyarakat Malaysia,” ujar beliau.

Jelas Khaled lagi, kita sangat menghargai pengorbanan luar biasa para pasukan perubatan negara. Namun krisis ini telah menjadi ancaman keselamatan yang lebih besar dari krisis kesihatan.

“Lalu marilah kita membuka ruang seluas-luasnya untuk mencari idea, strategi, pendekatan dan pengurusan paling baik, ampuh dan strategik untuk memulihkan negara.

“Buka lah ruang seluas-luasnya untuk cendekiawan terbaik, ahli perniagaan paling berjaya, teknokrat paling dihormati dan sesiapa jua yang mampu membantu.

“Lebih banyak saintis kita untuk melakukan lebih banyak genome sequencing. Lebih ramai epidemiologist, perangkawan dan ahli matematik kita menilai pelbagai data.

“Kita ajak ahli perniagaan kita mengeluarkan lebih banyak ‘testing kit’ dengan murah. Kita bawa teknokrat kita menguruskan vaksinasi agar lebih ramai pekerja kesihatan boleh fokus kepada kerja klinikal.

“Kita gembelengkan pelakon, penyanyi dan social influencer negara untuk melancarkan kempen yakin vaksinasi. Malah berikan kepercayaan kepada pasukan tentera untuk membantu pelbagai ikhtiar vaksinasi dan saringan kita.

“Kepada semua parti politik, gunakan segala jentera parti kita untuk membawa orang tua dan kurang upaya ke pusat vaksinasi, mendaftar vaksinasi atau menyalurkan apa jua bantuan yang termampu,” syor beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat