Lebih 50 peratus penularan Covid-19 dari kilang, Pemuda UMNO tuntut penjelasan Azmin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Data dan sains menunjukkan lebih 50 peratus penularan virus Covid-19 datangnya dari kilang-kilang.

Hal demikian, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menuntut penjelasan dan perincian daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Azmin Ali menentukan sektor yang dianggap perkhidmatan penting dan diberi izin beroperasi semasa total lockdown bermula 1 Jun ini.

“Saya cadangkan untuk Menteri MITI Azmin Ali tampil secara live dalam sidang media untuk menjelaskan rasional setiap industri kilang yang diluluskan atas nama essentials services.

“Antara yang saya kurang faham kilang elektronik dan elektrikal yang turut dibenarkan operasi atas nama keperluan. Setuju?

Kata Asyraf sebenarnya kebimbangan rakyat ini ada asasnya.

“Ramai yang berkongsi senario di kilang masing-masing, apabila ada kes Covid-19, hanya satu-satu seksyen sahaja yang ditutup bukan seluruh kilang.

“Risikonya, kebanyakan pekerja kilang tinggal dalam komuniti yang sama di flat-flat dan penempatan dengan orang awam yang lain.

“Mereka juga membeli belah di pasaraya awam, kedai runcit yang sama. Apakah jaminan infeksi virus tidak menular? Soal Asyraf.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat