Simon Cowell Tarik Diri Jadi Juri X Factor Israel, Ada Kaitan Dengan Isu Gaza Dan Zionist?

- Advertisement -

Simon Cowell menarik diri dari X Factor Israel dan tidak akan menjadi juri untuk rancangan terbabit, lapor Jewish News, akhbar Yahudi terbesar di Britan.

Bagaimanapun, dia tidak memberi apa-apa alasan yang jelas mengapa dia menarik diri pertandingan mencari bakat terbabit.

Namun beberapa sumber yang dekat dengan Cowell menyatakan bahawa Simon tidak dapat berada di Israel disebabkan beberapa sebab yang tidak boleh dinyatakan kepada media.

Jurucakap Reshet memberitahu media Britain semalam bahawa Cowell mempunyai alasannya tersendiri dan mengatakan syarikat itu enggan menyatakan sama ada Cowell akan turut serta dalam produksi terbabit.

Dalam masa yang sama, anggota staf Cowell memberitahu media bahawa dia prihatin dengan apa yang terjadi di antara Israel dan Gaza.

Berita Yahudi itu turut memberitahu bahawa tidak ada penjelasan yang jelas adakah penarikan diri Cowell disebabkan konflik yang berlaku di sana.

Bagi pihak penerbit pula, mereka memberi alasan bahawa Cowell mempunyai kebimbangan mengenai kesihatannya dan terkesan dengan jadualnya yang sibuk.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat