Sabah, Kelantan dan Pahang Masih Mencatatkan Pendaftaran Vaksin Yang Rendah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sabah menjadi negeri terendah dalam pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) apabila sekadar merekodkan sebanyak 18.88 peratus setakat ini.

Berdasarkan statistik dipaparkan di laman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), daripada jumlah keseluruhan 12,117,091 yang sudah mendaftar di seluruh negara, Sabah hanya mencatatkan seramai 553,828 individu berbanding sasaran populasinya dan berada dalam kategori merah.

Laman berkenaan boleh diakses menerusi www.vaksincovid.gov.my.

Kelantan menjadi negeri kedua terendah apabila merekodkan 34.05 peratus atau bersamaan 419,425 individu yang sudah mendaftar menerusi PICK diikuti Pahang dengan sebanyak 39.61 peratus atau seramai 487,895 individu.

Putrajaya pula mencatatkan kadar pendaftaran 100 peratus apabila seramai 67,214 penduduknya sudah mendaftar bagi mendapatkan vaksinasi.

Kuala Lumpur pula merekodkan sebanyak 68.45 peratus diikuti Selangor (66.76 peratus), Sarawak (59.21 peratus), Pulau Pinang (57.49 peratus) dan Negeri Sembilan (55.89 peratus).

Labuan (55.85 peratus), Melaka (53.46 peratus), Johor (52.63 peratus), Perlis (44.09 peratus), Perak (44.07 peratus), Kedah (41.27 peratus) dan Terengganu (40.30 peratus).

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat